Saturday, December 26, 2009

days in Sarawak

Asalamualaikm... n hi to semue kengkawan angkatan sepelajaran yg ade kat luar sane...

Diharapkn korg jaga kesihatan diri, agar dpt terus berjuang dlm ape jua bentuk perjuangan berlandaskan syariat Islam yg tercinta nie...

hemm... health / kesehatan nie sebenarnye satu advantage pada diri kite, dan juga satu rahmat yg terbesar yg di berikan oleh Allah kpd siapa yg dikehendakiNya. Dimane kalo di tarik nikmat nie, fuhh... menangis wei. Cam yg happened kat aku lah last week, mmg terase betape pentingnye kondisi sehat dlm idup. Seolah2 waktu terhenti seketika tanpa rase sehat.... mane taknye, nak makan rase tawar jer tekak nie, badan cepat penat, kepale pening2 lalat, cepat dehydrated, kepale hotak badan semue jadi sengal... yg risau nyer platelets n white blood cells counts berkurangan.
" Nie mmg betol2 cobaan cuti sem2". Hemm... padahal bru jer sampai kat Sarawak... dah kene admitted to hospital. Bebotol2 NaCl solution diorang dripkan masuk dlm darah... hemm.. tapi best gak brcuti kat wad, pasal dpt makn lunch n dinner 4 free.. hahaha

Anyway, ak mmg2 besyukur pasal now ak dah stable... dah bley update blog.

Monday, December 14, 2009

cerite pendek...

Assalamualaikum pada semue....

Hari nie memang hari yg sangt radikal kepenatannye... pasal kembali semula ke rumah langitku ini selepasberhempas pulas kat umah Melake. Dah lah duduk sorang2 boring giler mlm tu... Tapi yg best nyer pagi tu ak pi cantas dahan pokok, mencangkul, siram pokok rosel, n kemas rumah.
potong dahan pokok rambutan

ingat kan nak stay lame ciket, bley ak sambung kuliah kat situ. But unfortunately my father phone me, that afternoon lpas ak tgh flat(kepenatan). Dia suruh ak amek ticket flight. So, ak pown makeup umah n then betolak plak from melake to serdang...

Alhamdulillah sampai jgak ak dlam pkul 6.45pm. Maka masa pon brlalu....
Hemm... setelah 28 jam x online (rase mmg boring giler) akhirnye ak dpt online kat sini,.

maka sekianlah cerpen utk arinie...TQ...

Thursday, November 26, 2009

Wajibkah Jumaat Pada Hari Raya?




Soalan: “Apakah benar jika hari raya berlaku pada Hari Jumaat maka sesiapa yang menunaikan Solat Hariraya tidak wajib lagi untuk dia menunaikan Solat Jumaat?

Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin:
Para fuqaha (sarjana Fekah) berbeza pendapat dalam hal ini. Di kalangan ulama, terutama dalam Mazhab Hanbali menyatakan tidak wajib Jumaat untuk makmum yang sudah menghadiri solat Hariraya, kecuali imam. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w ketika hariraya berlaku pada Hari Jumaat :

قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ

“Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan Jumaat” (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih).

Berdasarkan hadis di atas, maka seseorang diberi pilihan sama ada hendak menunaikan solat Jumaat setelah menunaikan Solat Hariraya, atau berpada dengan solat berkenaan. Maka dengan itu dia wajib menunaikan Solat Zohor. Terdapat pendapat di kalangan ulama bahawa Zohor juga tidak wajib disebabkan Nabi s.a.w tidak pun menyebut hal ini dan Hari Jumaat yang diwajibkan adalah Solat Jumaat, maka apabila ia digugurkan tidak perlu mengganti apa-apa. Antara yang berpendapat tidak wajib diganti dengan Zohor ialah al-Imam Syed Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah (1/267, Beirut: Dar al-Fikr).

Apapun, hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, termasuk amalan pada zaman Umar, Abdullah ibn al-Zubair dan Ibn ‘Abbas menyebut perbuatan meninggalkan Jumaat pada hariraya itu أصابت السنة “Betul dari segi sunnah” (lihat: Ibn Taimiyyah, al-Fatawa al-Kubra 2/366, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Cumanya, mereka kebanyakannya berpendapat wajib Zohor. Adapun imam hendaklah menunaikan Jumaat untuk mereka yang hendak menunaikan Jumaat, atau tidak menunaikan Solat Hariraya, maka wajib dia menunaikan Jumaat.

Dengan diakui ada perbezaan pendapat di kalangan sarjana hukum, namun saya cenderung kepada tidak wajib Jumaat bagi makmum yang sudah menunaikan solat Hariraya berdasarkan hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, juga sifat Islam itu sendiri yang meringankan apabila ada ruang kelonggaran. Apatahlagi, maksud perhimpunan kaum muslimin telah tertunai pada hari tersebut, maka perhimpunan solat hariraya sudah dapat memenuhi maksud perhimpunan solat Jumaat.


Saturday, November 21, 2009

Friday, November 13, 2009

Serupa Bikinlah Sikit



Salam kepada semua ...... moga-moga korang semue sihat dan masih lagi berupaya bernafas dalam jiwa seorang hamba dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad SAW. Kerana asbab usaha bagindalah kita masih mampu menikmati 2 nikmat yg terbesar iaitu Iman dan Islam.


Hemm... menjadi seorang muslim adalah bukan sesuatu yang mudah. Tetapi ia menjadi satu perkara yang sangat indah sekiranya kita sendiri dapat memahami apakah matlamat kita sebagai seorang muslim. Muslim yang sejati adalah individu yang lahir daripada acuan Al-Quran dan Sunnah. Mereka berpegang teguh pada 'tali Allah' dan 'menggigit' sunnah Rasulullah dengan geraham mereka. Maka mungkin itulah ciri-ciri seorang mukmin yang soleh untuk kita contohi. Contoh yang terbaik adalah dari Rasulullah itu sendiri.

Jalan seorang muslim adalah satu jalan yang terbaik

Dan Allah Jalla fii ‘Ulahu menegaskan,

“Dan sesungguhnya ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepada kalian agar kalian bertakwa.” (QS. Al-An’am : 153)

Mari cuba kita bayangkan, perjalanan lebih cepat dan selamat jika menggunakan highway, tetapi banyaklah kos untuk ditanggung. Tetapi pilihan kedua adalah dengan menggunakan jalan lama, masalahnya ia kurang selamat dan mengambil masa yang amat lama.

So, samalah dalam hidup ini, setiap perkara yang terbaik pastinya memerlukan 'PENGORBANAN'. Kerana usaha dan pengorbanan itu adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Kalau nak senang mestilah kena guna highway, tapi kenalah bayar duit tol. Semestinya juga jika hendak selamat di akhirat sana, perlulah kita bermujahadah dalam menjadi seorang hamba Allah yang soleh dalam setiap aspek kehidupan.



Dan dalam hadits ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,

خَطَّ لَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا خَطًّا ثُمَّ قَالَ هَذَا سَبِيْلُ اللهِ ثُمَّ خَطَّ خُطُوْطًا عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ ثُمَّ قَالَ هَذِهِ سُبُلٌ عَلَى كُلِّ سَبِيْلٍ مِنْهَا شَيْطَانٌ يَدْعُوْ إِلَيْهِ ثُمَّ تَلاَ

“Pada suatu hari Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam menggaris di hadapan kami suatu garis lalu beliau berkata, “Ini adalah jalan Allah”. Kemudian beliau menggaris beberapa garis di sebelah kanan dan kirinya lalu beliau berkata, “Ini adalah jalan-jalan, yang di atas setiap jalan ada syaithan menyeru kepadanya.” Kemudian beliau membaca (ayat), “Dan sesungguhnya ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya”. [1]


Akhir sekali,
Islam telah menjelaskan kepada kita jalan yang benar dari jalan yang batil dengan penuh kejelasan tanpa ada setitik kesamaran dan tanpa ada secuil keraguan sehingga tak seorangpun yang menyimpang dan berpaling dari jalan yang lurus tersebut kecuali akan binasa. Allah (SWT)menyatakan,

“Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Qur`an, (supaya jelas jalan orang-orang yang saleh) dan supaya jelas (pula) jalan orang-orang yang berdosa.” (QS. Al-An’am : 55)

So, segala kesilapan dalam tulisan ini harap dapat dimaafkan dan segala teguran itu amatlah dihargai. May Allah help us and guide us to be a better person than yesterdays!!

(^__^)

______________________________________________________

[1]. Diriwayatkan oleh Abu Daud Ath-Thoyalisy dalam Musnadnya no. 244, Ath-Thobary dalam Tafsirnya 8/88, Muhammad bin Nashr Al-Marwazy dalam As-Sunnah no.11, Sa’îd bin Manshur dalam Tafsirnya 5/113 no 935, Ahmad 1/435, Ad Darimy 1/78 no 202, An-Nasai dalam Al-Kubro 5/94 no.8364 dan 6/343 no.11174, Ibnu Hibban sebagaimana dalam Al-Ihsan 1/180-181 no.6-7, Al-Hakim dalam Mustadraknya 2/348 dan lain-lainnya. Dan hadits ini dishohihkan oleh Syaikh Al-Albany dan Syaikh Muqbil dalam Ash-Shohih Al-Musnad Mimma Laisa Fî Ash-Shohihain.

Monday, October 26, 2009

Drosophilla melanogaster!!!!!! not a monster



Drosophilla melanogaster.... a kind of flies(Drosophilla). Also known as fruit flies.
hermm.... it is a very interesting topic to be searching for..
about the experiments on studying its DNA, genes, crosses, mutant,and the behavior...
I hope my group can manage to complete the task as soon as possible...

All the best my team and Biotech group A!!!(-_____-)""

Thursday, October 22, 2009

Laa Tahzan...(don't be sad)




ASalamualaikm... dan salam perubahan kepada kengkawan semua..

Kini bermulalah sem 2 di TPMC, tempat yang kini aku berjuang dalam bidang keilmuan ini.
Sem 1 yg lepas telah banyak mengukir pelbagai memori yang sukar untuk aku lupakan, dari memori yg indah sampai memori yg memedihkan.

Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar, walaupun pelbagai insiden yang melanda pada jasad dan roh ini. Bagi aku, problem yg melibatkn emosi ini amat sukar di selesaikn berbanding dengan study.

hemm... kadang2 pernah ak menyembunyikannya, tetapi menyembunyikannya hari demi hari kadang-kala menekan emosiku yg kian rapuh... Study still going great but this kinda problem somehow interupt me a lot.

What can I di right now is to be sincere... sorry to say that I am not kinda person that you are think!!! Just judge it by yourself... and DO NOT HATING ME!!...
because it is my character, habits or maybe my self at all.
"Do not hate the individual, just hate their characters... manelah tau orang yang kite benci tu akan berubah untuk menjadi lebih baik dari kita pada masa akan datang!!"

So, kepada kengkawan yg ak hormati, sebenarnye Allah menjadikan setiap hambanya itu ada keunikkan nya yg tersendiri... Bukan tujuannya untuk bergaduh or berperang, tetapi untuk mengenali antara satu sama lain agar terbina satu ukhuwah yang mantap.
Dan setiap kelebihan dan kekurangan itu yg ada pada seseorang sebenarnya satu ujian daripada Allah kepada hamba-hambanya untuk menilai ketakwaaan mereka...

Sesunguhnya peringatan ini adalah untuk si pengarang yg sering alpa dalam mendidik jiwa dan perlakuannya... "Ambillah yang baik, buanglah yang keruh"
Perlu diingat bahawa segala perbuatan itu ada balasan dan tanggungjawabnya.Firman Allah SWT:
"Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan." (An-nur:24)



sekian.......

Thank you ""(-_-)""

Monday, October 19, 2009

Think better, live better....


Its not time to make a change,

Just sit down, take it slowly.

Youre still young, thats your fault,

Theres so much you have to go through.

I was once like you are now, and I know that its not easy,

To be calm when youve found something going on.

But take your time, think a lot,

Why, think of everything youve got.

For you will still be here tomorrow, but your dreams may not.

Thursday, October 8, 2009

The Most Popular Hari Raya Card....


Pada tahun nie, aku dapat boleh di katekan banyak lar kad raye... tapi aku x sempat nak balas pulak... So massage jer sbg penggantinye...

Desingn yang popular yang aku terima: From Bank Negara plak tu!!


Walaupun Bank Negara dan x de duit raya. Yang penting dapat kad raye pun dah cukup.... hehehe!!

<"(-_-)">
all da best!!

Tuesday, October 6, 2009

Satu keikhlasan....

Perjalanan hidup insan sebenarnya mewakili apa yang tersirat dalam jantung hati, atau niatnya. Perbuatan yang dilakukan dengan rela dan pilihan sendiri adalah tafsiran kepada niat, kefahaman dan tujuan hidup seseorang insan. Tidak lebih daripada itu. Bahkan apa yang dirancang, keinginan, harapan yang akhirnya menjelma dalam bentuk tindakan, berpunca dari niat.

Justeru dalam hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

So, ikhlaskan hati kita sebelum kita x sampat mengikhlaskannya... Pandu selamat, ingatlah orang yang eksident...

Saturday, October 3, 2009

BERITA TERKINI


Salamalaikum dan salam 1 Malaysia (cam dlam RTM je). Bertemu kembali dalam berita terkini...
semalam2 Oktober, 1 kemalangan ngeri jalanraya (bukan jalan beraya tau) telah berlaku di Paya Datok, Alor Gajah kat Melaka. Kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori treler. Kereta tersebut membawa 3 orang penumpang. Dua tiga, termasuk seorang pemandu lori. Kemalangan tersebut masih di siasat. Menurut Inspektor Azim, seorang penumpang kereta ter sebut terselamat, tetapi kedua-dua kakinya patah, tulang femur pown patah. Dia telah segera di hantar ke Hospital Melaka untuk dibedah. P/S:" sebenor nye tu cosin aku, harap2 die ok lar. Hanya doa yg ku mampu... isk isk!!"

malang memang x berbau. Kalo x mandi agi, ko mmg berbau!!

Friday, September 25, 2009

Hek EleH, PeGI RayE Ker?

Salam raya pade semue kawan2 yg kini jauh di mata...huhuhu
X dilupekan pada kawan2 lame ex-matrik Londang, Melaka; Selamat Hari Raya.....

Aritu, sorang kawan aku namenye lokman@karot dtg beraye kat umah aku. Menurut sumber yg dipercayai, beliau dtg ke sini dengan menaiki motor. Beliau lambat sampai kat Alor gajah pasal ade problem dengan polis trafik. Hemmm.. pasal roadtax taka de. Nasib le hari tu hari raye... so, dilepaskanlah dak Lokman nie di atas jalanraya.

Then si Lokman pon sampailah kat kampung aku, Kg.Melekek Dalam. Habis je solat, aku ajak lokman pegi beraye kat umah aku. Lepas kiteorang melantak kuih raye and nasik, maka kiteorang pegi memulakan xpdc ke rumah sorang kawan kiteorang benama Jagong.

Budak nie punye umah kat Tmn.Setia, Ayer Keroh, Melake (cam nak promot jer). Punye lah susah nak sampai, dahlah direction salah. Aku ngan lokman habis pusing sampai otak aku pun pusing.... macam ribut@geng ribut, but-but... arghhhh!! Antara koleksi makanan jagong

...........huhuhu at last sampai gak kat umah budak nie. Tu pown kene jemput baru sampai.
Macam biase lah dtg umah orang, makan2 and borak2 jelah kejer. Pastu yg special tu, mak dia masak fried noodle-kampong style and sambal udang... macam tau2 jer nie makanan aku, memang langkah kanan btol.

Lepas tu, dihidangkan cup cake yg comel-comel. Sayang n
ak di makan tapi sedap ditelan hahaha... Sweet 19!! Happy birthday cup cake yg ade lambang2 pelik.. ehem!

Budak nie pon tunjuklah ikan guppy and terappin(kura2) yg di ternak. Ikan guppy jagong sangat reproduktif betol, besepah2 anak nye. Besorke taman nie?


Kura2 Ain, entah ape nyer name dia panggil ak pon x tau!

Ok, then me and lokman pon mengorak langkah pulang ngan perasaan kenyang... Burb... hehe. Sorry!
Kantoi plak ade senduk dlam kolam guppy... teknik ari raye

P/S: sebenarnye lokman xde roadtax and lessen tau! So kalau nak gi raye idupkan road tax anda dan ingatlah orang yang tersayang. Salam perantauan kat korang semua ....

Wednesday, September 23, 2009

Pernahkan terpikir :


salam pertemuan kpd semua dan slamat hari raye . ini adalah satu artikel bagi usrah hari itu. diharap anda semua mendapat maanfaat daripada nya.///


· Kita sedang berada dalam anugerah yang tiada ternilai dari Dzat yang memiliki kerajaan langit dan bumi.

· Sementara begitu banyak orang yang dihalangi untuk memperolehnya?

Kita tahu ajaran yang benar dari agama Islam ini:

· Tahu ini haq, itu batil…

· Ini tauhid, itu syirik….

· Ini sunnah, itu bid’ah…

· Lalu kita dimudahkan untuk mengikuti yang haq dan meninggalkan yang batil.

· Sementara, banyak orang tidak mengerti mana yang benar dan mana yang sesat, atau ada yang tahu tapi tidak dimudahkan baginya untuk mengamalkan al-haq, malah ia terus menerus berbuat kebatilan.

· Kita dapat berjalan mantap di bawah cahaya yang terang benderang, sementara banyak orang yang tertatih meraba dalam kegelapan.

Kita tahu apa tujuan hidup kita dan kemana kita akan tuju.

· Tetapi, ada orang-orang yang tidak tahu untuk apa tujuan sebenarnya mereka hidup.

· Mereka berfikiran sempit.Dan menggangap hidup ini hanya untuk mendapat segulung ijazah atau untuk menjadi kaya.

· Bahkan kebanyakan mereka menganggap mereka hidup hanya untuk dunia, sekedar makan, minum, dan bersenang-senang di dalamnya.

1. Alhamdulillah, disini, saya melihat ramai yang mempunyai sudut pandangan yang jauh.

2. Bukan sahaja ingin Berjaya di dunia, tapi di akhirat jugak.

3. Dan Apa namanya semua yang kita miliki ini, wahai saudara(-saudari)ku, kalau bukan anugerah terbesar, nikmat yang tiada ternilai?

4. Inilah hidayah dan taufik dari Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada jalan-Nya yang lurus.

5. Dan golongan ini (insyaalaah kita ni), adalah merupakan golongan yang masih diberi rahmat dan taufik oleh Allah SWT

6. Ini adalah merupakan nikmat yang paling ‘mahal’ yang diberikan oleh Allah kepada sebahagian hamba-hambaNya

7. Nikmat tersebut adalah hidayah dan taufik

8. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

“Allah memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.” (Al-Baqarah: 213)

Tetapi Bagaimana pula nikmat hidayah dan taufik boleh ditarik balik???

· Iaitu jika hambanya fanatik terhadap kebatilan dan semangat kesukuan, partai, golongan, dan semisalnya (contoh)

· Siapa yang kebenaran telah jelas baginya namun tidak menerimanya, ia akan dihukum dengan terhalang dari hidayah(contoh)

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ

“Maka tatkala mereka berpaling dari kebenaran, Allah memalingkan hati-hati mereka.” (Ash-Shaf:5)

وَنُقَلِّبُ أَفْئِدَتَهُمْ وَأَبْصَارَهُمْ كَمَا لَمْ يُؤْمِنُوا بِهِ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَنَذَرُهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

“Dan begitu pula Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al-Qur’an) pada awal kalinya dan Kami biarkan mereka bergelimang dalam kesesatannya yang sangat.” (Al-An’am:110) [I’anatul Mustafid bi Syarhi Kitabit Tauhid, 1/357]

Perlu engkau ketahui, hidayah itu ada dua macam:

1. Hidayah yang bisa diberikan oleh makhluk, baik dari kalangan para nabi dan rasul, para da’i atau selain mereka. Ini dinamakan hidayah irsyad (bimbingan), dakwah dan bayan (keterangan). Hidayah inilah yang disebutkan dalam ayat:

وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

“Sesungguhnya engkau (ya Muhammad) benar-benar memberi hidayah/petunjuk kepada jalan yang lurus.” (Asy-Syura: 52)

2. Hidayah yang hanya bisa diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, tidak selain-Nya. Ini dinamakan hidayah taufik. Hidayah inilah yang ditiadakan pada diri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, terlebih selain beliau, dalam ayat:

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَـٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ

“Sesungguhnya engkau (ya Muhammad) tidak dapat memberi hidayah/petunjuk kepada orang yang engkau cintai, akan tetapi Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Qashash: 56)


Kita haruslah sentiasa berdoa dan mengharapkan agar tidak terlepas daripada taufik dan hidayah Allah SWT.

Ya Allah, wahai Dzat Yang Membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu, di atas ketaatan kepada-Mu. Amin ya Rabbal ‘alamin ….

Wallahu a’lam bish-shawab.