Thursday, November 26, 2009

Wajibkah Jumaat Pada Hari Raya?




Soalan: “Apakah benar jika hari raya berlaku pada Hari Jumaat maka sesiapa yang menunaikan Solat Hariraya tidak wajib lagi untuk dia menunaikan Solat Jumaat?

Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin:
Para fuqaha (sarjana Fekah) berbeza pendapat dalam hal ini. Di kalangan ulama, terutama dalam Mazhab Hanbali menyatakan tidak wajib Jumaat untuk makmum yang sudah menghadiri solat Hariraya, kecuali imam. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w ketika hariraya berlaku pada Hari Jumaat :

قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ

“Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan Jumaat” (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih).

Berdasarkan hadis di atas, maka seseorang diberi pilihan sama ada hendak menunaikan solat Jumaat setelah menunaikan Solat Hariraya, atau berpada dengan solat berkenaan. Maka dengan itu dia wajib menunaikan Solat Zohor. Terdapat pendapat di kalangan ulama bahawa Zohor juga tidak wajib disebabkan Nabi s.a.w tidak pun menyebut hal ini dan Hari Jumaat yang diwajibkan adalah Solat Jumaat, maka apabila ia digugurkan tidak perlu mengganti apa-apa. Antara yang berpendapat tidak wajib diganti dengan Zohor ialah al-Imam Syed Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah (1/267, Beirut: Dar al-Fikr).

Apapun, hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, termasuk amalan pada zaman Umar, Abdullah ibn al-Zubair dan Ibn ‘Abbas menyebut perbuatan meninggalkan Jumaat pada hariraya itu أصابت السنة “Betul dari segi sunnah” (lihat: Ibn Taimiyyah, al-Fatawa al-Kubra 2/366, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Cumanya, mereka kebanyakannya berpendapat wajib Zohor. Adapun imam hendaklah menunaikan Jumaat untuk mereka yang hendak menunaikan Jumaat, atau tidak menunaikan Solat Hariraya, maka wajib dia menunaikan Jumaat.

Dengan diakui ada perbezaan pendapat di kalangan sarjana hukum, namun saya cenderung kepada tidak wajib Jumaat bagi makmum yang sudah menunaikan solat Hariraya berdasarkan hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, juga sifat Islam itu sendiri yang meringankan apabila ada ruang kelonggaran. Apatahlagi, maksud perhimpunan kaum muslimin telah tertunai pada hari tersebut, maka perhimpunan solat hariraya sudah dapat memenuhi maksud perhimpunan solat Jumaat.


Saturday, November 21, 2009

Friday, November 13, 2009

Serupa Bikinlah Sikit



Salam kepada semua ...... moga-moga korang semue sihat dan masih lagi berupaya bernafas dalam jiwa seorang hamba dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad SAW. Kerana asbab usaha bagindalah kita masih mampu menikmati 2 nikmat yg terbesar iaitu Iman dan Islam.


Hemm... menjadi seorang muslim adalah bukan sesuatu yang mudah. Tetapi ia menjadi satu perkara yang sangat indah sekiranya kita sendiri dapat memahami apakah matlamat kita sebagai seorang muslim. Muslim yang sejati adalah individu yang lahir daripada acuan Al-Quran dan Sunnah. Mereka berpegang teguh pada 'tali Allah' dan 'menggigit' sunnah Rasulullah dengan geraham mereka. Maka mungkin itulah ciri-ciri seorang mukmin yang soleh untuk kita contohi. Contoh yang terbaik adalah dari Rasulullah itu sendiri.

Jalan seorang muslim adalah satu jalan yang terbaik

Dan Allah Jalla fii ‘Ulahu menegaskan,

“Dan sesungguhnya ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepada kalian agar kalian bertakwa.” (QS. Al-An’am : 153)

Mari cuba kita bayangkan, perjalanan lebih cepat dan selamat jika menggunakan highway, tetapi banyaklah kos untuk ditanggung. Tetapi pilihan kedua adalah dengan menggunakan jalan lama, masalahnya ia kurang selamat dan mengambil masa yang amat lama.

So, samalah dalam hidup ini, setiap perkara yang terbaik pastinya memerlukan 'PENGORBANAN'. Kerana usaha dan pengorbanan itu adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Kalau nak senang mestilah kena guna highway, tapi kenalah bayar duit tol. Semestinya juga jika hendak selamat di akhirat sana, perlulah kita bermujahadah dalam menjadi seorang hamba Allah yang soleh dalam setiap aspek kehidupan.



Dan dalam hadits ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,

خَطَّ لَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا خَطًّا ثُمَّ قَالَ هَذَا سَبِيْلُ اللهِ ثُمَّ خَطَّ خُطُوْطًا عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ ثُمَّ قَالَ هَذِهِ سُبُلٌ عَلَى كُلِّ سَبِيْلٍ مِنْهَا شَيْطَانٌ يَدْعُوْ إِلَيْهِ ثُمَّ تَلاَ

“Pada suatu hari Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam menggaris di hadapan kami suatu garis lalu beliau berkata, “Ini adalah jalan Allah”. Kemudian beliau menggaris beberapa garis di sebelah kanan dan kirinya lalu beliau berkata, “Ini adalah jalan-jalan, yang di atas setiap jalan ada syaithan menyeru kepadanya.” Kemudian beliau membaca (ayat), “Dan sesungguhnya ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya”. [1]


Akhir sekali,
Islam telah menjelaskan kepada kita jalan yang benar dari jalan yang batil dengan penuh kejelasan tanpa ada setitik kesamaran dan tanpa ada secuil keraguan sehingga tak seorangpun yang menyimpang dan berpaling dari jalan yang lurus tersebut kecuali akan binasa. Allah (SWT)menyatakan,

“Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Qur`an, (supaya jelas jalan orang-orang yang saleh) dan supaya jelas (pula) jalan orang-orang yang berdosa.” (QS. Al-An’am : 55)

So, segala kesilapan dalam tulisan ini harap dapat dimaafkan dan segala teguran itu amatlah dihargai. May Allah help us and guide us to be a better person than yesterdays!!

(^__^)

______________________________________________________

[1]. Diriwayatkan oleh Abu Daud Ath-Thoyalisy dalam Musnadnya no. 244, Ath-Thobary dalam Tafsirnya 8/88, Muhammad bin Nashr Al-Marwazy dalam As-Sunnah no.11, Sa’îd bin Manshur dalam Tafsirnya 5/113 no 935, Ahmad 1/435, Ad Darimy 1/78 no 202, An-Nasai dalam Al-Kubro 5/94 no.8364 dan 6/343 no.11174, Ibnu Hibban sebagaimana dalam Al-Ihsan 1/180-181 no.6-7, Al-Hakim dalam Mustadraknya 2/348 dan lain-lainnya. Dan hadits ini dishohihkan oleh Syaikh Al-Albany dan Syaikh Muqbil dalam Ash-Shohih Al-Musnad Mimma Laisa Fî Ash-Shohihain.