Monday, August 31, 2009

Kenapa perlu faham, bukan sekadar tahu?


Salam Ramadhan kepada semua, yang masih hidup dan sedang menanti kematian. Tak lupe juga rakan2 kat Sarawak, moga sihat selalu.


Lepas Test calclus aritu, 29hb, kiteorang ade pegi kat Masjid India, carik baju raye..(pose blom abes dah carik baju..huhuhu)


Aku x beli pon, pasal atas sebab2 ekonomi (akaun no money). Ramai betol umat manusia yg hadir pada tghari yg mcm nak hujan (nasib x ujan). Kat sane banyak betol baju yg murah2 lagi2 yg cap tiruan made in Siam (import tu) bukan jer pakaian, malah minuman sejuk dan makanan sering membuatkan imanku teruji. Dah la penat, diorang jual air dan lauk-pauk pkul 12.00tghari plk tu.. isk isk ;o

Gambar Hiasan

Kiteorang pun berjalan2 anak dari hulu sampai ke hilir. Penat berjalan aku pun beli kek moist(coklat) utk aku bawak balik melake. Then, kiteorang pon heading ke Masjid India

(masjid) ukt solat zohor. Aku ngan Jimmy(bukan nama sebenar) pgi solat bersama....


Memang ramai jugak, tapi tak lah sesak. Tiba-tiba Kami terfascinate kat sorang pakcik tua. Bukan pasal dia hensem...erm..pasal muka dia manis kowt?

Xdelah, bebenarnye dia bace Quran, yg istimewanye gune tulisan Braile.. ala yg dot dot atas ketas tu, wei, bukan Lewis dot structre lah!!!

Bukan gambar hiasan


Subahanalllah, itulah yang menghentam jiwaku time kat masjid.

Orang buta pun bace quran, ade inisiatif tanpa kompromi dan alasan.(baru intro)

====================================================================================

Bimilahirahmanirahim ......

Alhamdulilah, kite masih lagi bernafas dalam jiwa sebagai seorang hamba kepada Rabb(tuhan) yang menciptakan sekalian alam..


Ramai dari kiter nie pandai bace Quran, then dah khatam quran... namun adakah sampai di situ sahaja usaha kita ngan kitab Allah? Sudah khatam so, tak yah bace lagi? Bace quran, pada hari Jumaat malam (Yasin) dah memadai? Ini lah sepisis baru yang tercipta hasil xperiment para saintis Israel(tiba2 lak Israel kene)

Quran adalah sumber pertama yg harus dirujuk oleh muslim untuk menjadi seorang mukmin yang Berjaya di dunia & akhirat kelak. Bukan sahaja tahu membaca tetapi perlulah memahami ape yang dibaca.

Aku bukan pakse korang blajar bahasa arab, tapi sekurang2nyer belilah tafsir quran untuk dirujuki. Cube jadi macam orang bute tadi, dah la buta tapi boleh gak baca.


Banyak sebab n celoteh

What’s a big deal” merupakan slogan diorang. Ramai dantara kita memndang remeh atas perkara nie. Rugi btol kalo bace tapi x tau ape makne ayat Quran. Kerana Allah ade berfirman dlm surah Al-Baqarah ayat 2 “Kitab Al-Quran ini, tidak ade sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bgi orang2 yg bertaqwa.”

So cam ner hang nak jadikan Quran sbg petunjuk, sedangkn x nak bace tafsir. Bajet cam pandai bahasa Arab plak. Then,camner nak capai takwa yang sebenar kalau petunjuk (quran ) hanye dibace tapi x paham.


So, aku sarankan lah kat korang, untuk melebihkan kualiti daripada kuantiti. Walaupn bace cikit, tapi kalo faham maksud itu lebih memadai... dan akhir sekali, bile dah faham, jgn buat-buat lupe, cubalah sentiasa membaiki diri agar hari ini lebih bagus dari semalam. Marilah sama2 kita mencari mardhotillah(keredhaan Allah) pada malam2 Ramadhan ini sambil melakukan persediaan untuk final exam. (banyak dekat woo!!)

Salam perubahan....

Sunday, August 23, 2009

My Team

Between the truth and the false









Bismillahirahmannirahim


Asalamualaikum pada semua yang mengunjungi blog ini, dan kepada rakan2 yang dihormati sekalian (macam wat ceramah pulak). Masih tak terlewat untuk aku mengucapkn selamat berpuasa, moga ramadhan kali ini lebih bermakna.


Skunk aku bukannye nak kasi khutbah ataupun ceramah, tapi sedikit persoalan yang perlu kita fikirkan untuk dilihat agar dapat kita bermuhasabah diri. Sebagai seorang pelajar, apa yang penting bagi kita adalah pelajaran. Jap, betul ke ape yang aku cakap nie? Hemmm boleh kowt.. SO STUDY LAH!!!


Dalam menjalani idup sbg seorang pelajar, kite sangat perlukan teman untuk membentuk satu team atau group bagi memudahkan pengajian kita, di IPTA. (bukan maksud aku teman tapi mesra melampau)

Kawan yang baik adalah kawan yang bijak menasihati rakannya, walaupun perkara tu boleh membawa kemarahan kepadanya.

Namun ingat lah bahawa tiada manusia yang perfect, aku sendiripun ade wat salah. Manusia sering wat salah, dalam senyap pon bley wat salah. So jangan lah kesah sangat bile orang len wat salah. Mungkin diorang tu stress ker, tak cukup tido ker, assingnment banyak ker, hormone terlebih atau tak cukup ker dan miss understand ker so, manalah kita tau! and then, cermin-cerminkanlah diri anda sebelum memarahi orang lain.


TAK PUAS HATI

“Aku betol-betol tak puas ati ngan ko”, tu lah ayat yang selalu di zikirkan pada bibir Si Tak Puas Ati. Species nie memang susah nak pupus, entah kenape sampai aku pun taktau??

Tapi aku betol2 tak paham, pasal ape bende nie tetap brlaku....walaupun dinasor dahh mati tapi sepisis nie masih idup (entah ape lah diorang makan, erm...mungkin sweet sour kowt hehehe.. saje jer..)

Knaper , why????


Hemm. . . memang parah, hemm kalo kes ni di rujuk kat hospital serdang, pasti kene quarantine

Hahaha ,macam H1N1 plak

Memang pun, kalo H1N1, orang just mati jer, tapi kes nie kalo orang tu dah mati,perkara tersebut tetap disebut-sebut... walaupun dah reput (decomposing). Dimane kebenarannya masih samar-samar.


Warkah pada yang dijangkiti,

Sebenarnye aku nak kongsi tips lah kat mereka yang terinfect kat luar sana.

Antara tips nyer adalah:

i. JANGANlah sesekali kita membenci seseorang pada diri mereka, tetapi letakkanlah kebencian itu pada sikap@perangai mereka, dan ini dapatlah kite berase lega(x stress) cikit tentang ape yang telah belaku

ii. Mudahkan diri untuk memaafkan orang lain, kerna mungkin orang yang kita benci, maki, kutuk, gossip, dan perlekehkan itu lebih baik perangainya setelah diorang insaf dan sedar akan perlakuannye itu

iii. Jangan selewengkan fakta- akan lebih memburukkan keadaan.

iv. Hargailah persahabatan yang terbina dan jangan terlalu emo bile conflict datang.

Ok loh penat lak rase, so aku nak ucap kan kat korang semua agar tabah lah dalam mengharungi hidup di dunia reality ini....

Salam perubahan(TAJDID)

Thursday, August 20, 2009

RAKSASA KUNING DI TECHNOLOGY PARK MALAYSIA

BERITA SANA, BERITA SINI, BERITA SITU
medan berita sensasi
BY: AHMAD NISPU


Satu kejadian aneh berlaku di tayar kereta

Selepas sahaja selesai memecah kepala dengan Miss Erina (tolong kirakan part buffer) Mr.Die-bukan nama sebenar- keluar dengan konco-konconya untuk menghirup udara segar.

tiba-tiba mereka telah digemparkan dengan satu kajadiAN aneh. Lebih aneh dari vidio Najemi KIm( bukan nama sebenar) yang menyerupai seekor monster kuning yang mencengkam kuat si tayar.
Gambar hiasan



Dengan berasa berani, koncu-koncu Mr.Die lari bertempiaran, terpekik dan terlolong (bab nie yang tipu nie) Akhir nya Mr.Die pun ikut sama, mereka berlarian menuju ke sekuriti untuk meminta belas aksihan dan ehsan.

Akhirnya dengan resa redha dan tawadhuk sempena me
njelang Ramadhan nie, setelah didiskaun 60% (Rm 30) dengan rela dan ikhlas dibayar untuk mengalahkan Monster kuning itu. Dengan rasa insaf, mereka beredar diri dengan penuh tawakal.





Gambar sebenar yang tidak mampu diedit oleh Aku. bye!!



Monday, August 10, 2009

oBat oOo obat...

Obat Demam Misteri......

Assalamualaikum n peace opon you,

Hari ni aku nak kongsi cikit petua (kawan aku punyer). So kawan aku kate insyaallah effektif kalo ikut petua ni

Bahan2
1. Asam jawa
2. Air paip
3. Towel kecik
4. Kerajinan

Procedure (macam nak wat report je..)







1. Mula2, Larutkan asam jawa dlm bekas (kecik),









2. then put towel kecik dalam bekas tu.










3. So bile dah rendam, perah kan cikit so, takdelah nanti basah kuyup. Lipat baik2.














4. Kemudian cover@lapik dahi hang semua ngan towel tu.
Lastly doa pastu tido le....


Gambar2 di atas adalah rekaan semata-mata. Takde berkaitan sama ada yang hidup, baru nak idup, atau yang dah idup.

Wednesday, August 5, 2009

SWINE FLU




Time aku n kawanku dilanda demam misteri


Isnin-3 ogos
Swine flu???
.............................................................................................................................
Salamualikm n peace opon you.
Memang dah lame aku tak update blog aku ni. Pasal ade sibuk cikit......
Aku memang ade banyak bende yang nak di kate-katekan. Tapi yang terbaru berlaku kat aku aritu ialah kene kuarantin. Pergh, mula-mula 3 hari beb.... pasal housemate aku disyaki penghidap H1N1 kene extend 5 hari. Sebelum tu 5 0rang dah demam.. takut lak boleh merebak kat aku. Mintak-mintak janganlah kene kat kiteorang,
Dah le vaksin tak de lagi.. amal soleh pun x cukup lagi. (banyak2 le bermuhasabah )
............................................................
Rabu-5 ogos
Jangkitan bermula:
............................................................
Alhamdulillah semue dah cured... skrg giliran aku plak utk demam. Mula2 aku ingatkan aku ni kebal, tapi mlm tadi suhu@temperature badan aku naik mendadak...
So aku just makan paracetamol je lah.. tapi aku rase kepale aku rase berat n cepat letih.
Time tu aku tgah wat assingnment chemistry oleh SirHulk..
So tak dapat den nak nolong, aku tido je... snorr X2...
Aku syukor sangat2 pasal masih dpt bertahan walaupun demam.OK
Banyakkan minum air masak, and ambik ubat-
akhir kate "prevention is better than cure" chiok2x
salam 1 Malaysia hehehe....