Friday, September 25, 2009

Hek EleH, PeGI RayE Ker?

Salam raya pade semue kawan2 yg kini jauh di mata...huhuhu
X dilupekan pada kawan2 lame ex-matrik Londang, Melaka; Selamat Hari Raya.....

Aritu, sorang kawan aku namenye lokman@karot dtg beraye kat umah aku. Menurut sumber yg dipercayai, beliau dtg ke sini dengan menaiki motor. Beliau lambat sampai kat Alor gajah pasal ade problem dengan polis trafik. Hemmm.. pasal roadtax taka de. Nasib le hari tu hari raye... so, dilepaskanlah dak Lokman nie di atas jalanraya.

Then si Lokman pon sampailah kat kampung aku, Kg.Melekek Dalam. Habis je solat, aku ajak lokman pegi beraye kat umah aku. Lepas kiteorang melantak kuih raye and nasik, maka kiteorang pegi memulakan xpdc ke rumah sorang kawan kiteorang benama Jagong.

Budak nie punye umah kat Tmn.Setia, Ayer Keroh, Melake (cam nak promot jer). Punye lah susah nak sampai, dahlah direction salah. Aku ngan lokman habis pusing sampai otak aku pun pusing.... macam ribut@geng ribut, but-but... arghhhh!! Antara koleksi makanan jagong

...........huhuhu at last sampai gak kat umah budak nie. Tu pown kene jemput baru sampai.
Macam biase lah dtg umah orang, makan2 and borak2 jelah kejer. Pastu yg special tu, mak dia masak fried noodle-kampong style and sambal udang... macam tau2 jer nie makanan aku, memang langkah kanan btol.

Lepas tu, dihidangkan cup cake yg comel-comel. Sayang n
ak di makan tapi sedap ditelan hahaha... Sweet 19!! Happy birthday cup cake yg ade lambang2 pelik.. ehem!

Budak nie pon tunjuklah ikan guppy and terappin(kura2) yg di ternak. Ikan guppy jagong sangat reproduktif betol, besepah2 anak nye. Besorke taman nie?


Kura2 Ain, entah ape nyer name dia panggil ak pon x tau!

Ok, then me and lokman pon mengorak langkah pulang ngan perasaan kenyang... Burb... hehe. Sorry!
Kantoi plak ade senduk dlam kolam guppy... teknik ari raye

P/S: sebenarnye lokman xde roadtax and lessen tau! So kalau nak gi raye idupkan road tax anda dan ingatlah orang yang tersayang. Salam perantauan kat korang semua ....

Wednesday, September 23, 2009

Pernahkan terpikir :


salam pertemuan kpd semua dan slamat hari raye . ini adalah satu artikel bagi usrah hari itu. diharap anda semua mendapat maanfaat daripada nya.///


· Kita sedang berada dalam anugerah yang tiada ternilai dari Dzat yang memiliki kerajaan langit dan bumi.

· Sementara begitu banyak orang yang dihalangi untuk memperolehnya?

Kita tahu ajaran yang benar dari agama Islam ini:

· Tahu ini haq, itu batil…

· Ini tauhid, itu syirik….

· Ini sunnah, itu bid’ah…

· Lalu kita dimudahkan untuk mengikuti yang haq dan meninggalkan yang batil.

· Sementara, banyak orang tidak mengerti mana yang benar dan mana yang sesat, atau ada yang tahu tapi tidak dimudahkan baginya untuk mengamalkan al-haq, malah ia terus menerus berbuat kebatilan.

· Kita dapat berjalan mantap di bawah cahaya yang terang benderang, sementara banyak orang yang tertatih meraba dalam kegelapan.

Kita tahu apa tujuan hidup kita dan kemana kita akan tuju.

· Tetapi, ada orang-orang yang tidak tahu untuk apa tujuan sebenarnya mereka hidup.

· Mereka berfikiran sempit.Dan menggangap hidup ini hanya untuk mendapat segulung ijazah atau untuk menjadi kaya.

· Bahkan kebanyakan mereka menganggap mereka hidup hanya untuk dunia, sekedar makan, minum, dan bersenang-senang di dalamnya.

1. Alhamdulillah, disini, saya melihat ramai yang mempunyai sudut pandangan yang jauh.

2. Bukan sahaja ingin Berjaya di dunia, tapi di akhirat jugak.

3. Dan Apa namanya semua yang kita miliki ini, wahai saudara(-saudari)ku, kalau bukan anugerah terbesar, nikmat yang tiada ternilai?

4. Inilah hidayah dan taufik dari Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada jalan-Nya yang lurus.

5. Dan golongan ini (insyaalaah kita ni), adalah merupakan golongan yang masih diberi rahmat dan taufik oleh Allah SWT

6. Ini adalah merupakan nikmat yang paling ‘mahal’ yang diberikan oleh Allah kepada sebahagian hamba-hambaNya

7. Nikmat tersebut adalah hidayah dan taufik

8. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

“Allah memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.” (Al-Baqarah: 213)

Tetapi Bagaimana pula nikmat hidayah dan taufik boleh ditarik balik???

· Iaitu jika hambanya fanatik terhadap kebatilan dan semangat kesukuan, partai, golongan, dan semisalnya (contoh)

· Siapa yang kebenaran telah jelas baginya namun tidak menerimanya, ia akan dihukum dengan terhalang dari hidayah(contoh)

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ

“Maka tatkala mereka berpaling dari kebenaran, Allah memalingkan hati-hati mereka.” (Ash-Shaf:5)

وَنُقَلِّبُ أَفْئِدَتَهُمْ وَأَبْصَارَهُمْ كَمَا لَمْ يُؤْمِنُوا بِهِ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَنَذَرُهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

“Dan begitu pula Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al-Qur’an) pada awal kalinya dan Kami biarkan mereka bergelimang dalam kesesatannya yang sangat.” (Al-An’am:110) [I’anatul Mustafid bi Syarhi Kitabit Tauhid, 1/357]

Perlu engkau ketahui, hidayah itu ada dua macam:

1. Hidayah yang bisa diberikan oleh makhluk, baik dari kalangan para nabi dan rasul, para da’i atau selain mereka. Ini dinamakan hidayah irsyad (bimbingan), dakwah dan bayan (keterangan). Hidayah inilah yang disebutkan dalam ayat:

وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

“Sesungguhnya engkau (ya Muhammad) benar-benar memberi hidayah/petunjuk kepada jalan yang lurus.” (Asy-Syura: 52)

2. Hidayah yang hanya bisa diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, tidak selain-Nya. Ini dinamakan hidayah taufik. Hidayah inilah yang ditiadakan pada diri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, terlebih selain beliau, dalam ayat:

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَـٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ

“Sesungguhnya engkau (ya Muhammad) tidak dapat memberi hidayah/petunjuk kepada orang yang engkau cintai, akan tetapi Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Qashash: 56)


Kita haruslah sentiasa berdoa dan mengharapkan agar tidak terlepas daripada taufik dan hidayah Allah SWT.

Ya Allah, wahai Dzat Yang Membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu, di atas ketaatan kepada-Mu. Amin ya Rabbal ‘alamin ….

Wallahu a’lam bish-shawab.


Tuesday, September 22, 2009

Persoalan Sunat Sebelum Qadha & Qadha campur Sunat

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ’Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).

Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):

(( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ... وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ )) رواه مسلم.

Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.

Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]

Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].

Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.

Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.

Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.

Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).

Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:

( أَنَّ رَسُولَ اللهِ r نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ ) رواه مسلم.

Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].

Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.

Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:

1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.

Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:

] وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133]

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]

2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.

Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.

Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري

Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]

Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.

Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].

قال النووي في شرح مسلم: "وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان."

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]

Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.

Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:

(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.

Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]

Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.

Akhukum,

Abu Anas Madani (DR.ABD.BASIT BIN HJ ABD RAHMAN - PENASIHAT JABATAN FEQH AL-AHKAM.NET ), Pondok Sungai Durian.

www.abuanasmadani.com

Sunday, September 20, 2009

Happy Eid Fitr

Salam semue.. apekabar?? arap2 semuenye sihat2 dan sejahtera. (bukan makin montel je!)
Dan x ter lambat lah utk aku ucapkn Selamat Hari Raya..
Macam biase lah.. pagi raye (lepas Subuh di Masjid) aku pi lah siap2 utk ke Brisu (kat Melake).
Di pagi raya yang gerimis tu, kiteorang begerak ke sane utk solat hari raye...
boleh tahan lah jemaah kat sane, rase mcm seronok plak!
Guess who is he?





after khutbah yg mantap selesai





My old pal, Tok Su Usop

Pastu kiteorang pegi serang rumah2 dengan penuh strategi dan taktik.(mcam nak perang jer..).
memang agak letih, bukan saje penat bejalan (padahal naik keter..) but tiring becoz of EAtiNG ....wawawa! Then yg paling penat once the old people make a story telling.. Fuh, like my previous history class. Ya loh! story from 1941-2009, itu time Japan, british and some politics conspiracy...
complete all. -rase cam nak jadi sejarahwan plak!!-
What ever!


Then we proceed go to LK (Lubuk Kepong)~my fathers clan~

Also same old story, long2 time ago in China... huh! Then ade lak sorang pakcik nie citer pasal pegi Mekah ari tu.. yg nie boley tahan lah story dia-cam kat mekah lak rase nye!-

Setelah penat berceloteh, story telling, politicking, adding more calory, and "collecting more duit raya" we proceed to the next map~

Arriving to MD(Melekek Dalam)~ the place where I live. Ketupat masak digantung manditori

Aku ingat kan nak lepak jap, pkul 11.00am. Tapi, umah nenek aku nie memang jadi "anchor" and aku x bley relax pasal beduyun-duyun orang datang. Tetibe lak aku rase macam keje kat restautrant 8 bintang... pastu nasib baik tok bilal sedar ade zohor, maka azan berkumandang... Masjid An-nur melekek Dalam


bley aku cilok jap gi masjid... dah abes solat aku relax jap kat situ.
tetapi tibe2 timbul plak 1 persoalanan dlam diri ku nie... knape x ramai dtg utk solat zohor berjemaah? orang ramai tapi 8 orang saje yg dtg menyambut seruan ilahi...
mungkin ade hal penting kowt.. so x pelah kowt? -besangke baik-

hemm.. over all I think this is one of my best raya. Although without presence of my grand ma and grand pa, and also with my beloved Puan Chik, they are always with me in my memory.

wassalam

Monday, September 14, 2009

MENGADU BOMBA ATAU MENGADU DOMBA

Bomba**

Pejam celik, celik pejam, celik-celik, pejam-pejam, akhirnya sudah 24 hari kite dah berpuasa.(utk yg berpuasa le). Semestinya bulan ramadhan ini merupakan bulan yang menguji iman bagi mereka yang beriman kepadaNya. Kerana ujian merupakan pita pengukur keimanan seseorang. ~

Oklah, Korang pernah mengadu atau call bomba tak? Alah, yang selalu dtg utk padamkan api time kbakaran tu!! Skunk, kalo call bomba saje2kan, nanti kite mesti kene masuk jail... pastu kene fine plak tu!!

Then korang pernah dengar tak mengadu domba
? nate gapokah tuh? adik beradik bomba ke? hemmmm.....>>>>

Kalau ghibah(mengumpat/backbiting) dalam Islam disebut sebagai suatu dosa, maka ada suatu perbuatan yang lebih berat lagi, iaitu mengadu domba (namimah). Iaitu memindahkan omongan seseorang kepada orang yang dibicarakan itu dengan suatu tujuan untuk menimbulkan permusuhan antara sesama manusia, mengotori kejernihan pergaulan dan atau menambahkan keruhnya pergaulan.


Al-Quran menurunkan ayat yang mencela perbuatan hina ini sejak permulaan masa Mekah. Firman Allah:- "Dan jangan kamu tunduk kepada orang yang suka sumpah yang hina, yang suka mencela orang, yang berjalan ke sana ke mari dengan mengadu domba.

Dan sabda Rasulullah saw Tidak masuk syurga orang-orang yang suka mengadu domba HR BUKHARI DAN MUSLIM

QATTAT kadang-kadang disebut juga NAMMAM, i
aitu seorang berkumpul bersama orang banyak yang sedang, membicarakan suatu perbicaraan, kemudian dia menghasut mereka.
Dan QATTAT itu sendiri, iaitu seseorang yang memperdengarkan sesuatu kepada orang banyak padahal mereka tidak mengetahuinya, kemudian dia menghasut mereka itu.

Rasulullah saw pernah bersabda:-

Sejelek-jelek hamba Allah iaitu orang-orang berjalan ke sana ke mari dengan mengadu domba, yang memecah belah antara kekasih, yang suka mencari-cari cacat orang-orang yang baik. - HR Ahmad

Islam dalam rangka memadamkan pertengkaran dan mendamaikan pertentangan, membolehkan kepada juru pendamai itu untuk merahasiakan omongan tidak baik yang dia ketahui dari omongan baik yang tidak di dengarnya. Seperti yang dikatakan Nabi dalam hadisnya:-

Tidak termasuk dusta orang yang mendamaikan omongan jelek, kemudian cepat-cepat memindahkan omongan itu dengan menambah-nambah untuk memperdayakan atau kerana senag adanya kehancuran dan kerusakan.

Islam sangat membenci orang-orang yang suka mendengarkan omongan jelek, kemudian cepat-cepat memindahkan omongan itu dengan menambahkan-nambahkan untuk memperdayakan atau kerana senang adanya kehancuran dan kerusakan.

Manusia semacam ini tidak mau membatasi diri sampai kepada apa yang didengar itu saja, sebab keinginan untuk menghancurkan itulah yang mendorongnya menambahkan omongan yang mereka dengar. Dan jika mereka tidak mendengar, mereka berdusta.

Kata seorang penyair:- Kalau mereka mendengar kebaikan, disembunyikan Dan kalau mendengarkan kejelakan, dizahirkan Tetapi jika tidak mendengar apa-apa, ia berdusta.
Ada seorang laki-laki masuk ke tempat Umar b Abdul Aziz, kemudian membicarakan tentang hal seseorang yang tidak disukainya. Maka berkatalah Umar kepada si laki-laki tersebut: kalau boleh kami akan menyelidiki permasalahan mu itu. Tetapi jika kamu berdusta, maka kamu tergolong orang yang disebutkan dalam ayat ini. Jika datang kepada mu seorang fasiq dengan membawa suatu berita, maka selidikilah. - Surah Hujurat 6

Dan jika kamu benar, maka kamu tergolong orang disebutkan dalam ayat:- Orang yang suka mencela, yang berjalan ke sana ke mari dengan mengadu domba - Surah Qalam 11 Tetapi kalau kamu suka, saya akan memberi pengampunan. Maka jawab orang laki-laki tersebut: pengampunan saja ya amiral mu'minin, saya berjanji tidak berulangi lagi.

Syekh Muhammad Yusuf El Qardlawi

wallahua'lam bissawab..

______________________________________________________________________________________
some copyright reserved.>> editted by: Azim

Saturday, September 12, 2009

semalam yang berlalu » TABUNG PERLINDUNGAN PERNIM (PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK PESAKIT HIV/AIDS NURUL IMAN MALAYSIA )

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, seumpama seperti sebiji benih yang mengeluarkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa dikehendakiNya , dan
Allah Maha Luas (Rahmat) kurniaNya,
lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(surah al-Baqarah, ayat 261)

Pusat Perlindungan PERNIM ditubuhkan pada 26 Mei 2006.
PERNIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan membela nasib anak-anak pesakit HIV/AIDS terutama anak-anak yang terbiar apabila ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat AIDS dan anak-anak yang tiada waris yang mahu bertanggungjawab apabila mengetahui anak yang bakal mereka pelihara merupakan pembawa HIV positif.
PERNIM bertanggungjawab memberikan perlindungan kepada mereka, menguruskan rawatan yang berterusan di hospital dan klinik kerajaan, memberikan pendidikan dan asas keagamaan dan sebagainya.

Tabung Perlindungan PERNIM
Masalah kewangan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh Puan Norlina Alawi bagi membiayai sebuah keluarga besar yang terdiri dari 40 -50 orang anak (termasuk anak kandung), 2 pembantu dan 3 orang gadis mengandung luar nikah sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang besar untuk membiayai tambang bas, pembelian buku latihan, perbelanjaan harian, yuran kelas tambahan, perubatan dan pembelian uniform, sewa rumah, perbelanjaan pejabat PERNIM, bil telefon, elektrik, air, pengasuh, dan makanan semuanya perlu dijelaskan serta disediakan oleh beliau setiap bulan.
Bagi merealisasikan impian ini Pn Norlina telah berusaha untuk mendirikan bangunan yang sempurna bagi anak-anak ini. Pn Norlina telah melancarkan TABUNG PERLINDUNGAN PERNIM yang mana anggaran keperluan sebanyak RM1.2 juta diperlukan bagi menyediakan prasarana yang lengkap bagi anak-anak ini.

Marilah kita sama-sama membantu PERNIM mencapai dana untuk menubuhkan Pusat Jagaan dan Perlindungan yang baru.

Fakta PERNIM
Alamat : Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM), Lot 46 Jalan 47, Bukit C, Kg Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur
No. Pendaftaran : 0423-04-5
Tel : 03-42950775, 017-8860208
Fax : 03-42951079
E-mel : norlina_pernim@yahoo.com
No Akaun : 2-14013-6000-3173
(RHB Bank)
Nama Akaun : Pusat Perlindungan PERNIM
Cek atau wang pos atas nama
PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM.
tabung-nurul-iman
lawati www.pernim.com
atau hubungi pucuk arts studio (JM0447367-T) untuk maklumat lanjut
tel:077581321 (10.00 a.m - 2.00pm) pucukarts_studio@yahoo.com
terima kasih pn. Norlina kerana memberi ruang kepada kami untuk membantu.


PERNIM bertanggungjawab memberikan perlindungan kepada mereka, menguruskan rawatan yang berterusan di hospital dan klinik kerajaan, memberikan pendidikan dan asas keagamaan dan sebagainya.

Tabung Perlindungan PERNIM

Masalah kewangan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh Puan Norlina Alawi bagi membiayai sebuah keluarga besar yang terdiri dari 40 -50 orang anak (termasuk anak kandung), 2 pembantu dan 3 orang gadis mengandung luar nikah sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang besar untuk membiayai tambang bas, pembelian buku latihan, perbelanjaan harian, yuran kelas tambahan, perubatan dan pembelian uniform, sewa rumah, perbelanjaan pejabat PERNIM, bil telefon, elektrik, air, pengasuh, dan makanan semuanya perlu dijelaskan serta disediakan oleh beliau setiap bulan.

Bagi merealisasikan impian ini Pn Norlina telah berusaha untuk mendirikan bangunan yang sempurna bagi anak-anak ini. Pn Norlina telah melancarkan TABUNG PERLINDUNGAN PERNIM yang mana anggaran keperluan sebanyak RM1.2 juta diperlukan bagi menyediakan prasarana yang lengkap bagi anak-anak ini.

Marilah kita sama-sama membantu PERNIM mencapai dana untuk menubuhkan Pusat Jagaan dan Perlindungan yang baru.

Fakta PERNIM

Alamat : Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM), Lot 46 Jalan 47, Bukit C, Kg Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur
No. Pendaftaran : 0423-04-5
Tel : 03-42950775, 017-8860208
Fax : 03-42951079
E-mel : norlina_pernim@yahoo.com

No Akaun : 2-14013-6000-3173
(RHB Bank)
Nama Akaun : Pusat Perlindungan PERNIM

Cek atau wang pos atas nama
PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM.

tabung-nurul-iman

lawati www.pernim.com

atau hubungi pucuk arts studio (JM0447367-T) untuk maklumat lanjut

tel:077581321 (10.00 a.m - 2.00pm) pucukarts_studio@yahoo.com

terima kasih pn. Norlina kerana memberi ruang kepada kami untuk membantu.

YANG PALING MAHAL.....psst..baju raye ker??

"Bukan sekadar jalanraya dan bukan jalan beraya"


Salam pertemuan, salam perubahan kepada dan salam Ramadhan semua pembca blog terutama sekali yang sedang dalam perjalanan menuju ke kampong yang kekal abadi... Dan sesungguhnya, ketahuilah bahawa janji Allah itu adalah yang pasti.

Ape kabor korang di sane? Harap2 oklah ye, lagipunApe2 ape yang telah dan akan berlaku semuanya adalah yang terbaik untuk kita, setelah kita berusaha untuk mendapatkannya.


Kestabilan politik dan ekonomi merupakan asas yg penting bagi sesebuah Negara. Kesannya adalah kepada rakyat yang akhirnya terpaksa menghadkan perbelanjaan dek ketidak stabilan ekonomi Negara.(macam berite ekonomi lak..hehe) Tika tu, semue bende jadik mahal. Sampai kentang (nak wat begedil) pon mahal. Baju melayu kat jalan masjid india jadi mahal. Tambang kenderaan awam pun makin bertambah, nasik pon bertambah maka berat badan pon bertambah kilonya..hehehe cikit mengarut plak!


Semakin ramai plak yang hidup untuk bekerja, bukan kerja untuk hidup. Bile keadaan mendesak ini semua bende perlukan duit. Pasal nak makan, beli barang, bayar yuran(kalo x x leh sit exam), beli ikan 2 n sayur-sayuran. Bak kate orang, “no money no talk”.

Fine!! But, something yang lebih penting sering kite terlupe. Kanape ye??? Cuba tanye Dr. Bashar.. mungkin kene carik nilai x ke atau factorise ker, mungkin lupe letkan nilai tu dgn x ker. Manelah tau? (hehehe)


Sebenornye, yang paling mahal adelah NUR DAN TAWFIQ dari Allah swt. Bukan semua orang bley dapat. Kalo duit bley gak pi carik (cth: pegi jalan2 raye kat kampong ngan budak2- 1 syawal). Kemahalan petunjuk dari Allah nie memenag x leh didiskaun pun. Tapi cam ner lah nak dapat, hemm.. cube kite piker jap.. then cube fahamkan ayat kat bawah nie.....>>>>


"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah

lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk." ( Al Qashash 56 )


Haaa.... ade Nampak tak message dalam ayat tu? Cube renugkan plak cakap2 budak2 nie...>>>>>


"Aku belum merasa dapat panggilan", atau "Aku belum mendapat hidayah untuk itu", or
“ Belum datang seru lagi” @ “wei, aku tak ready lagi lah!!”***


Itu adalah beberapa diantara ungkapan yang sering aku dengar dari mulut orang - orang yakin masih enggan melakukan perintah Allah atau dari mulut orang yang diminta untuk menjauhi laranganNya. Entah knape aku pun tak tau... hemm.....

Begitulah, ungkapan diatas seakan - akan meletakkan kita ( manusia ) sebagai tuan besar yang hanya menunggu diberi petunjuk oleh Tuhannya dan akan melakukan segala perintahNya atau menjauhi segala laranganNya jika kita telah mendapatkan petunjuk tersebut.

Tapi apakah benar demikian ?, apa benar kita manusia hanya diminta menunggu datangnya sang hidayah tanpa melakukan apapun atau tidakkah ada yang dapat atau harus kita lakukan untuk menjadi berhak mendapatkan petunjuk Tuhan tersebut ?.



Lalu apakah hidayah tersebut ?, bagaimana pula cara kita mendapatkannya ?.

Hidayah tersebut ada dua macam.

Pertama : Hidayah Dilalah.

· Hidayah ini adalh bimbingan atau petunjuk menuju kebenaran.

· Disamping petunjuk dari Allah dan bimbingan dari Rasulullah, dalam hidayah ini juga terdapat campur tangan manusia lainnya, seperti usaha dakwah dari para ulama dan para Daie untuk menyampaikan kebenaran kepada umat manusia.

· Hidayah ini bagaikan air hujan. Allah tidak pilih kasih dalam memberikan petunjuk ini. Bahkan orang kafir sekalipun telah mendengarkan risalah kebenaran Islam.


Kedua: Hidayah Taufiq.

· Ini adalah milik Allah semata.

· Tak ada satupun dari makhluk yang bisa ikut campur dalam pemberian hidayah ini.

· Bahkan tak satu pun dari para Rasul yang mampu ikut campur dalam urusan ini.

· Lalu ingatlah pula bagaimana tidak berdayanya baginda Rasulullah Muhammad SAW ketika ajal hendak menjemput sang bapa saudara terkasih Abu Thalib bin Abdul Muthallib. Sang bapak saudara yang selama ini selalu menyayangi dan melindungi beliau, bahkan tak satupun dari yang disampaikan oleh Rasulullah yang ditolak kebenarannya oleh ayah Sayyidina Ali bin Abi Thalib ini. Namun kenapa beliau tidak pernah memikirkan atau tidak pernah mau mengucapkan dua kata terpenting dalam akidah Islam, bahkan Rasulullah yang merupakan kecintaannya-pun tak mampu memujuk beliau untuk mengucapkan kata - kata tersebut.


So, sebenarnya, kita takde kuasa dalam mengubah seseorang. Tetapi harus diingat bahawa kita ada tanggungjawab untuk memberikan nasihat pada diorang. Kerana kita pastinya akan disoal oleh Allah tentang peranan kita di atas muka bumi pada hayat kita.

Janganlah dengan kealpaan kita dalam menasihati dan menegur serta mencegah kemungkaran menjadi penyebab utama untuk kita berada di neraka pada hari esok(kiamat) moga kita dijauhi daripada azab neraka Allah SWT. “ Ya Allah, engkaulah yang Maha mengetahui dan Maha Berkuasa, engkau tetapkanlah hati kami diatas jalan yang kau redhai, serta kurniakanlah Taufiq dan Hidayah kepada kami, agar kami mendapat kejayaan di dunia dan bersama di syurga akhirat kelak.......amin...”

Sekian.................