Wednesday, June 22, 2011

salah faham...

Aku beli time kat Matrik

Tengah aku baca buku yg dikarang oleh Brother Lim Jooi Soon, tiba2 aku teringat akan kata-katanya tentang salah faham yang telah dilakkan oleh orang Islam di Malaysia nie. Apa yang di salah faham kan sebenarnye haa??

Salah faham dalam konteks pentakrifan dakwah dan juga islah. Ramai antara kita yang mengaitkan semua aktiviti seperti ceramah mingguan agama di masjid, membuat seminar, usrah, dan apa jua aktiviti yang dilakukan yang berkaitan dengan Islam adalah sebenarnya dakwah. Walhal, dakwah adalah suatu perbuatan yang bersifat menyeru atau mengajak 'orang lain' (non-muslim) untuk memahami apa itu Islam dan menarik perhatian mereka untuk menganuti agama yang diredhai oleh Allah SWT.


Islam adalah sangat mudah untuk difahami kerana sentiasa releven walaupun berlaku pertukaran zaman. Allah SWT ada memerintahkan:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” [16:125]
Jika dakwah adalah ditujukan kepada non-muslim, Islah pula ditujukan oleh siapa?


Sejauh mana peranannya di Serawak nie?

Islah bermaksud perbaikan, perubahan atau pembaharuan. So, siapakah yang perlu diperbaiki? adakah non-muslim atau yang sudah menyebut kalimah syahadah? Pembaikan hanyalah boleh diaplikasikan hanya untuk golongan masyarakat muslim itu sendiri. Peringatan dari sudut akidah, akhlak dan ibadah adalah sebenarnya untuk merka yang mengucapkan kalimah syahadah. Maka, jelaslah bahawasanya program-program yang dijalankan oleh sesetengah golongan agamawan dan kelab-kelab persatuan adalah majoritinya bersifat islah bukannya dakwah.

Lim Jooi Soon

Brother Lim pada masa kecilnya hidup bersama-sama orang Melayu, di Kampung Melayu. Pendedahan tentang Islam hanya sampai padanya setelah dia dewasa. Masalahnya, masyarakat Islam kat kampung tu tak pernah menjalankan dakwah. Yang dlihatnya, masyarakat Melayu(Islam) hanya bergaul dengan sesama mereka tentang Islam. Seolah-olah Islam adalah hak milik mereka. Masih segar lagi kata-kata brother tu, "jikalau Allah mempersoalkan di akhirat kelak tentang familly dia yang tidak mentauhidkan Allah, maka masyarakat kampung itu akan dipertanggungjawabkan." Naik bulu roma aku bile first time aku dengar dia kata macam tu.

Rasulullah SAW 'mempromosi' Islam pada sesiapa sahaja. Mempromosi bukan semestinya orang yang kita promosi itu terus jadi seorang muslim. Sepertimana yang telah disebut dalam surah Al-Baqarah, ayat 256:

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)”

Ibn Kathir rahimatullah didalam Tafsirnya menyebut : “Jangan memaksa seseorang menjadi Islam, kerana sesungguhnya Islam itu terang dan jelas, beserta dalil dan bukti yang juga jelas, maka tidak perlu untuk memaksa seseorang itu memeluk agama Islam, Bahkan, Allah akan member hidayah Islam kepada seseorang, membuka hatinya, menerangi pemikirannya, dan masuk Islam dengan yakin. Barangsiapa yang Allah butakan hatinya, ditutupkan pendengaran dan penglihtannya, maka tiadalah munafaat memaksanya memasuki Islam…..”

Orang Islam tidak boleh menghalang agama lain dari mengamalkan agama mereka selamana mereka tidak mengganggu keselamatan orang Islam. Malah menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, kita dibolehkan bekerjasama dengan agama lain didalam menghapuskan kezaliman. Apa yang dilarang ialah bekerjasama didalam aspek keagamaan sebagaimana firman Allah didalam surah al-Kafirun, ayat 6:

“Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”


Yup... mungkin akan berlaku jika Islam tidak disampaikan dengan betul kepada non-muslim

Dakwah dan Islah sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain. Dengan dakwah, insyallah, masyarakat yang bukan beragama Islam tahu apakah Islam yang sebenarnya (autentik) bukannya Islam yang telah dilapisi perkara-perkara yang bukannya berasal dari Sunnah atau Al-Quran. Melalui Islah pula, umat Islam akan menjadi lebih kuat, bersefahaman dan bersatu padu tanpa dibatasi dengan lambakan ideologi dan politik. Lantas, tercapailah hasrat untuk menjadikan negara sebagai negara yang berpandukan undang-undang Allah SWT.


P/S: Aku jeles dengan orang kristian kat Srawak nie. Berani menyampaikn dakwah kepada orang Islam.



No comments:

Post a Comment