Wednesday, June 13, 2012

Wrap up (Part 1)

Hahaha.. kesian blog nie, lame tak aku pi jenguk. Bukan ape, mule2 busy tapi bile dah start cuti, malas pulak rase nak meng'update' blog. Bukan takde idea, tapi mcm dah 'tak biase'. Memandangkan tajuknye Wrap-Up, aku try buat dua part. Pasal banyak bende nak aku letak dlm blog nie.

10 Mei lalu.... ke mahkamah Kuching (kes curi copper) 
Time tu aku ngan kengkawan aku tengah basuh apparatus kat lab. Tibe2, kawan aku nmpak orang kat atas bumbung. So, kite orang ingatkan orang tu repair barang tapi rupe2nya dia pi curi copper (utk petir). Aku pi snap gambar n record pergerakannya. Pastu, pi report kat pak guard. 20min, suspek was caught red handed pasal barang curi bersama dengan suspek ketika hndak melarikan diri. Dan diserahkan dekat polis.

Komplex Mahkamah Kuching

Sebenarnye aku ingatkn kes nie dah selesai, pasal berlaku dlm bulan April. Tapi polis call aku balik utk pi mahkamah sebagai saksi. Budak yg kene tangkap tu tak mengaku salah. Then, pi lah mahkamah dlm pukul 7am Kes akan dbicarakan pukul 8.30am. Yg dtg awal, bukannya suspek tapi mak ngan apak dia pulak. Suspek sbenarnya diikat jamin bapaknya, tapi kes masih disebut semula. Dalam 11.30 suspek baru sampai. Sebelum dibicarakan, ade org nasihat kalau ddapati bersalah tapi tak juga mengaku + bukti2 yg releven maka penjara 7 yrs. Therefore, kecut gak mamat tu dan mengaku bersalah sebelum dibicarakan. End of story, aku membazir masa. (=_=)' 



11 Mei... Shah Kirit Talk
Poster 

Kiteorang dah banyak kali bersyura dgn brother2 utk meng-organise program2 yg berunsurkan dakwah, yakni memberikan maklumat, menunjukkan nilai2 Islam dan kefahaman yg sebenarnya tentang Islam kepada non-muslim. At the same time, kiteorang dapat memperbaiki diri dalam sudut amal, pemikiran dan tujuan sebenar sbg seorang muslim. Well, Islam mmg tak susah, tapi orang yg buatkan Islam tu nampak complicated dan exclusive utk sesetengah golongan sahaja. Islam tu sebenarnye rahmatan lil a'lamin (rahmat utk sekelian alam). Nak diceritakan yg kertas kerja dengan budget pun telah di-draftkan utk program nie. Tapi, selepas sehari aku berbincang dengan Bro Shah, dia kate yg UNIMAS ade hantar jemputan pada tarikh yg sama. So, dia pun kasi option utk buat short talk lepas solat Jumaat. Aku start buat anouncement 4 days before the talk. Memang sasaran kiteorang adalah utk sekelompok kecil brother yang free. Dan alhamdulillah, ade dalam 20 orang yang berkesempatan datang (pasal ramai ade lecture time tu). Sorang budak christian pun turut datang utk dengar short talk. Insyallah, next time maybe lebih banyak short talk akan dibuat utk student kat sini.


Presentations 
Memang x boleh bla

Minggu tu mmg paling rushing, dgn 4 presentation (2 natural product, 1 Biotechnology & 1 Final yr project.) Writing utk FYP pun dah sampai ke penghujungnye. Sampai tak sempat lah nk tengok anime. haha.. puasa anime. Aku start dah tak lepak kat bilik pasal time subuh aku pi kat komputer lab dan balik agak2 pukul 1am. Mmg serabai bilik aku... hahaha.. Final exam pulak 24 May, mmg rushing.


Exam

Ribut

Aku pun pi lah exam 24 May, tingkat 8 G-Block. 3 jam punye exam, dari pukul 2.00pm-5.00pm. Agak2 dlm pukul 3.30pm, hujan+ribut+petir (3in1) datang dan beraksi. Habis exam, aku pi Asar n makan waffle dgn minum coffee bersama kengkawan aku. 2 budak engineering cakap bumbung kat multipurpose hall runtuh time exam (30 min sbelum tamat).



Dinner ngan bebudak ex-matrikulasi melaka.
Menus

Ok, yg rancang lain. Tapi jadi lain. Dengan mengambil kira faktor masa, usia, penglihatan dan budget, aku bawak diorang makan kat kedai makan Atmosfera. Ok jugak dgn meeting tu, mcm2 hal kiteorang discuss. Dari topik time kat matrik, lecturer, subject for final exam, final year project, student masters  and etc...  Anyway, dinner berjalan dgn 'lancar'. (yup2, learn from the mistakes!) Nasib baik aku ade keje part time kat sini.  hahaha...



Aku kene test. 
Sehari sebelum ke Melaka, ade sorang budak nie yg maybe exam memberikan tekanan kat otak die kot. asal die ade 2 lagik paper next week. Budak nie pi cakap terang-terangan, kuat, ngan penuh emosi kat aku. Dia kate yg bla2.... tak serius lah... bla2.. program tak attend lah... bla2... Hemm, dalam hati, aku rase die belum belajar teknik mcm mane nak berfikir sebelum cakap. Dah lah ade roomate die kat bilik, mmg tak boleh rationalise ke? Dah mmg tak boleh attend program, nak buat mcm mane. Aku tersenyum kambing.

Balik dengan sami dari Thailand
Hanya gambar hiasan

Time dalam flight, 3 orang kat row aku semuanye mcm Avatar: the last air bender. Diorang pun gune manik2 (mcm tasbih) untuk chant mentera2. Lupe nak amek gambar diorang.

TBS takde bas

2nd time tidur di TBS

Aku pun sampai ke TBS, dlm 8.30pm. Diorang kate takde bas lagi! owh why?? pelik aku, mcm ramai pulak orang kat terminal mlm tu. So, aku tanye lah teksi, mat teksi tu kate kalau ke melake kene RM 100+ almost RM200. So, nasib baik aku bawak sleeping bag. Dalam pukul 12am, aku pi kat sudut mesin kerusi urut yg ade carpet rumput sintetik dan tido. Besoknye, aku beli tiket RM9 ke Melaka. Problem solved!



~kini di Melaka, x de internet yang tetap/ {end part 1.}






                                                                                                                        -peace-