Showing posts with label charity or sadaqah. Show all posts
Showing posts with label charity or sadaqah. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

betul2 ke tipu2 ???

hemm.....
Skrg nie, salah satu cerita yg agak hangat orang ramai sebut2kan ialah pasal human trafficking. Well, pagi tadi aku ade dengar tentang topik budak sekolah tahfiz jual2 barang. Sampai kat  radio pun diorang mintak pandangan org ramai. Kalau kita perasan, diorang sometimes jual sticker, tisu, CD, minyak angin and mcm2 lagik. Ade jugak yg mintak derma utk dana bagi pembelajaran mrk di pusat tahfiz. Kalau biasenye, aku mungkin adelah kasi sekupang atau dua kupang utk diorang. Well, kes nie biasenye nie kat stesen petrol. Kalau kat Sarawak nie, tak salah aku mcm susah nak cari. Tapi banyak halnye trjadi kat west M'sia. Kadang2 tengok diorang nie mcm kesian pulak. Tapi, time bile lah nak belajar Quran walhal seharian suntuk jual barang. Diorang kebanyakkannya pulak adalah yatim.

Diorang sepatutnye diberi peluang, bukan diambil peluang (gambar hiasan)

Haritu ade klua suratkabar pasal kes "Ambil tindakan pusat tahfiz guna anak yatim pungut derma" ade dlm Berita Hairan Harian bulan lepas. Aku nie bukan nak bersifat skeptik ttg org mintak sedekah, tapi banyak kes yg  melibatkan aktiviti sindiket. Contohnye baru2 nie, ade kesah pasal ‘Tahfiz’ auta. Nak tau lebih lanjut bace lah korg sendiri.. =)

Teringat plak aku cerita P.Ramlee dlm nasib labu-labi. Yg pungut derma bukannye anak2 yatim, tapi pengetua tu sendiri. Then, dlm citer tu pun ade tunjukkan juga pasal persatuan anak2 yatim. Cikgu2 persatuan yg keluar pi carik dana. Tapi, skg yg mintak dana tu adalah anak2 yatim, bukannye cikgu.

Tolong anak2 yatim pahala besar tau.

Yang penting sekali, ikhlas dan bersangke baik lah dlm bersedekah. Yang lain tu just serahkan kpd Al-Wahhab (the Bestower) @ yang Maha Memberi untuk membuat balasan. Tangan yg memberi lebih baik dari yang menerima.

                                                                                                                           -Peace-

Saturday, September 12, 2009

semalam yang berlalu » TABUNG PERLINDUNGAN PERNIM (PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK PESAKIT HIV/AIDS NURUL IMAN MALAYSIA )

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, seumpama seperti sebiji benih yang mengeluarkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa dikehendakiNya , dan
Allah Maha Luas (Rahmat) kurniaNya,
lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(surah al-Baqarah, ayat 261)

Pusat Perlindungan PERNIM ditubuhkan pada 26 Mei 2006.
PERNIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan membela nasib anak-anak pesakit HIV/AIDS terutama anak-anak yang terbiar apabila ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat AIDS dan anak-anak yang tiada waris yang mahu bertanggungjawab apabila mengetahui anak yang bakal mereka pelihara merupakan pembawa HIV positif.
PERNIM bertanggungjawab memberikan perlindungan kepada mereka, menguruskan rawatan yang berterusan di hospital dan klinik kerajaan, memberikan pendidikan dan asas keagamaan dan sebagainya.

Tabung Perlindungan PERNIM
Masalah kewangan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh Puan Norlina Alawi bagi membiayai sebuah keluarga besar yang terdiri dari 40 -50 orang anak (termasuk anak kandung), 2 pembantu dan 3 orang gadis mengandung luar nikah sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang besar untuk membiayai tambang bas, pembelian buku latihan, perbelanjaan harian, yuran kelas tambahan, perubatan dan pembelian uniform, sewa rumah, perbelanjaan pejabat PERNIM, bil telefon, elektrik, air, pengasuh, dan makanan semuanya perlu dijelaskan serta disediakan oleh beliau setiap bulan.
Bagi merealisasikan impian ini Pn Norlina telah berusaha untuk mendirikan bangunan yang sempurna bagi anak-anak ini. Pn Norlina telah melancarkan TABUNG PERLINDUNGAN PERNIM yang mana anggaran keperluan sebanyak RM1.2 juta diperlukan bagi menyediakan prasarana yang lengkap bagi anak-anak ini.

Marilah kita sama-sama membantu PERNIM mencapai dana untuk menubuhkan Pusat Jagaan dan Perlindungan yang baru.

Fakta PERNIM
Alamat : Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM), Lot 46 Jalan 47, Bukit C, Kg Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur
No. Pendaftaran : 0423-04-5
Tel : 03-42950775, 017-8860208
Fax : 03-42951079
E-mel : norlina_pernim@yahoo.com
No Akaun : 2-14013-6000-3173
(RHB Bank)
Nama Akaun : Pusat Perlindungan PERNIM
Cek atau wang pos atas nama
PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM.
tabung-nurul-iman
lawati www.pernim.com
atau hubungi pucuk arts studio (JM0447367-T) untuk maklumat lanjut
tel:077581321 (10.00 a.m - 2.00pm) pucukarts_studio@yahoo.com
terima kasih pn. Norlina kerana memberi ruang kepada kami untuk membantu.