Assalamua'alaikm & salam perubahan pada yg sempat bertandang di sini, moga cuti yg ade nie dmanfaatkan walau dimana anda berada. Last week, aku kene kluar dari bilik. Pasal cuti semester baru bermule. Tengah aku plan ttg keje part time utk cuti nie, then, aku teringat ade sorang kawan aku call last Tuesday. Die ade ajak pegi Aman Palestin Sarawak (APSAR) Roadshow time cuti nie. Memandangkn takde aral melintang, aku join laa diorang. Macam biaselah, sebelum sesuatu event tue, mestilah dimulakn dgn sesi taklimat dan pembahagian tugas. 3 kumpulan akan bergerak ke 3 lokasi yang berbeza pada 3 hari yang berbeza. Hohoho..mcm 3 in 1 plak!!!.. hehehe....
peserta2 Surau Darul Firdaus & Masjid Amilin di Sibu
Masjid Setia Raja, Mukah
I-Medik Free medical checkout (Blood pressure & BMI)
Jualan, pameran dan sumbangan kewangan melalui tabung Aman Palestin
Anyway... maybe nie lah salah satu dari ape yg mampu kita semua buat dalam usaha untuk membantu saudara2 seAkidah kita di Palestin untuk terus hidup dan berjuang dan membebaskan diri dari cengkaman Zionis. Perlu diingat bahawa persaudaraan dalam Islam sangat luas sehinggakan merentasi status, bangsa, bahasa, geografi dan warna kulit. Sensitiviti kita di atas kemelut krisis yang masih berlaku di tanah Palestin perlu dilihat sebagai suatu masalah ummah dan bukan masalah kenegaraan. Ini kerana, setiap Muslim adalah bersaudara.
Dari Nu’man bin Basyir ra katanya Rasulullah saw bersabda: “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, saling mengasihi dan saling menyayangi, bagaikan sebuah tubuh.Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”
(Hadis sahih Muslim no 2216)
Moga Allah merahmati dan memberi kemudahan dalam apa jua urusan kita.
p/s: Gambar roadshow di Masjid Jamek, Saratok takde. Pasal tue group laen. ^^
best!!
ReplyDeletewell done!!
good luck!!
go go cayok cayok!!
haah... thnx longbean!! ^^...
ReplyDelete