Dalil sapu khuf ialah:
HR Bukhari dari Urwah bin Mughirah ra, " aku bersama Nabi saw dalam suatu perjalanan. Aku bermaksud membantu membukakan khufyah (kasut) Nabi saw. Beliau bersabda," biarkan kedua sepatu itu kerana aku memasukkanya (kaki baginda) dalam keadaan bersih ." maka baginda menyapu keduanya (khufyah itu).
Fathul Bari 1/309 menghuraikan bukan sahaja terhad pada khufyah (kasut kulit nipis di zaman silam) bahkan apa jua yg disarungkan pada kaki, seperti stokin baik jenis cotton, wool, nylon, tebal atau nipis semuanya boleh disapu. Imam Ibn Hazm (alMuhalla 1/266) mengenakan syarat stokin itu ditenun rapat benangnya (tidak jarang) dan boleh dibuat berjalan (cthnya dalam rumah atau mesjid)
Cara: semasa kaki disarungkan stokin itu ia dlm keadaan bersih (berwudhu') dan valid (sah) sehari (24 jam) untuk non-musafir dan valid 3 hari-3 mlm untuk yg bermusafir. Jika dia membuka stokin itu untuk buang air, maka tidak boleh lagi sapu sepatu. (Majmu', 1/520) Allahu a'alam
Sunday, January 9, 2011
Yaaa... On my way!!
Pagi2x bute daa betolak. Dgn berbekalkn karipap di dalam perut, kte org pun blaa dari umah. On the way tue, apak aku ade kate " kalau nk solat tue jage beg ko baek2x. Kang ilang kan susah nanti". Pastue apak aku pon citer pasal satu bende yg die ade blajar, tapi jarang tengok org buat. Bab menyapu 'khuf' Die citerkan situasi kat airport haritue. Ade sorg nie die pegi amek wudhuk.Tapi bile time kat kaki, die just sapu jeer kat stokin. Bende nie pon aku penah tengok kawan aku wat time kat Swin ari tue. So, kat sini ade sedikit ilmu yg aku nak share ngan korg..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mcm mane sapu tu azim?? buat vidyo sket =D
ReplyDeleteHaaa!! vidiyo?? hehe.. takyah lah wat vidiyo. Kalau nk tunjuk camne nak drawing/main seruling baru best. Just sapu jer... =)
ReplyDeleteKaedah menyapu khuf atau stokin -Fardu menyapu (air) walaupun sedikit di bahagian atas khuf, tidak sempurna menyapu di bahagian bawah khuf [al-Fiqh al-Manhaji, 1/67]. Riwayat dari Ali ra. bahawa dia berkata :
لو كان الدين بالرأي لكان أسفل الخف أولى بالمسح من أعلاه، لقد رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يمسح على ظاهر خفيه
"Kalaulah agama ini [berdasarkan] pendapat semata-mata, nescaya bahagian bawah khuf lebih layak disapu dari bahagian atasnya. Telah aku melihat Rasulullah saw menyapu bahagian atas kedua khufnya." [hadith Riwayat Abu Daud #162, isnad sahih]
http://qawudukdanmandi.blogspot.com/2009/01/cara-menyapu-khuf.html