Sunday, May 29, 2011
take 5
Tuesday, May 24, 2011
~~~Illusion~~~
Alhmdulillah, paper Analytical Chem dah selesai (no comment).... 2 lagik paper menunggu; biochem(gene&protein) and environ.microb.
pergh... mcm illusion plak ak rase, x lame lagik dah abes semester thn nie..
realitinye dah 4 bulan berlalu,
Then, mcm best plak aku tengok senior2 aku wat preparation (final year project). Terase mcm dah final year student plak!! ahaks!
Hemm... if 22 Mei haritu aku kat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Nak je aku pi tengok forum MEMBINA NEGARA SEJAHTERA!!, tengok kt youtube laa nmpaknye.
Takziah kat semue mangsa tragedi tanah runtuh kat Rumah anak2 Yatim & Anak2 Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat. Moga ditempatkn bersama orang2 soleh.. ameen..
Minggu lepas pegi Semenggoh, tengok Orangutan gigit orang!! Habis koyak lutut brader tue... mmg live action! maybe orangutan tue tension kot?? who knows!
Next, i felt weird with the guy (Osama Laden)... bukan die dah mati ke?? Then.. corpse die pegi campak kat laut!! hem hem.... suspicious!
Lastly.... politik Malaysia.... mcm2 citer.. =( Tu yg ak malas nk bace paper..
Anyway
Illusion is still a illusion. Can be happened to you and me if we r not aware. Anything that happened to us was a reality. But if you trapped in the illusion (not by sharingan!!), quickly get up and stick to the reality. Get to know who u r and why you are there. Because life is not an illusion, it is a one way ticket!! Wake up and renew your will. Stop those nonsense thought and be what you ment to be!!
“O you who believe! Obey Allah and obey the Messenger (Muhammad [saw]), and those of you (Muslims) who are in authority. (And) if you differ in anything amongst yourselves, refer it to Allah and His Messenger (SAW), if you believe in Allah and in the Last Day. That is better and more suitable for final determination” [4:59]
Okie dokie.. times up...Peace!!
'Credit to Mukuro Rokudo'
Tuesday, May 10, 2011
All my Notes speak to me!!
hate me,
detest me,
and live in an unsightly way.
Run, run and cling to life.
And when your eyes are the same as mine ready to read,
come and read me again and again”
Pressure... entah dah brape paskal skg aku tgh ade. Dgn HPLC punye report plus exam next week. Haha.. aku tulis posting nie pon pasal nk memgurangkan 'ketegangan'.. mane taknye... nk dekat exam nie, mcm2 idea best yg klua. "Bro... sabar bro.. nanti cuti ko relax laa yek!!", kate aku.Waa... adek aku nanti cuti 4 bulan!!! x aci nyer.. anyway. Mlm nie mmg kene abeskn 2 report ngan satu scientific writing. Then, we can proceed with our new agenda!! Muahaahaha!!!Oppss.. cukup 10 min. Isya' dah berkumandang... Kawe kelik lalu...
Sunday, May 8, 2011
Christianity..... why?
Mei 7, 11
8:04pm
"Adalah jelas, cara agresif dan konfrontasi masyarakat Kristian yang membawa kes-kes ke mahkamah, laporan polis mereka di seluruh negara dan kenyataan media (mereka) sama ada penggunaan kalimah Allah ataupun isu al-Kitab dalam bahasa Melayu.
“Ini semua boleh dikaitkan dengan gerakan untuk menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam,” kata presiden PEMBELA Yusri Mohamad.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membentangkan resolusi forum "Islam Tergugat: Apa Tindakan Kita? di ibu negara hari ini.
Katanya lagi usaha halus untuk memurtadkan umat Islam, bermula dengan “mengelirukan” mereka dengan menggunakan istilah-istilah yang dipinjam dari Islam.
“Dalam resolusi hari ini, mereka ada satu strategi untuk menyebarkan dan menjinakkan umat umat Islam dengan agama Kristian dengan menggunakan istilah yang biasa dan selesa digunakan orang Islam,” katanya.
Sebelum ini PEMBELA mendakwa kedudukan Islam di negara ini terancam berikutan perkembangan hubungan Islam-Kristian.
Pada forum yang dihadiri kira-kira 35 NGO Muslim, para panelis kerapkali merujuk kepada agama Kristian dan dan mempersalahkan masyarakat berkenaan yang menyebabkan kedudukan Islam 'terancam'.
Perwakilan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACCA) Ann Wan Seng juga bersetuju bahawa terdapat usaha halus oleh masyarakat Kristian untuk memurtadkan umat Islam di negara ini.
Umpama garam di makanan
"Ia cukup halus umpama garam di makanan anda. Awak tidak boleh melihatnya, rasanya tidak terlalu masin tetapi awak akan tahu ia ada di situ. Dan ia cukup berkesan,” katanya.
Ann juga mendakwa Petaling Jaya di Selangor adalah pusat aktiviti Kristian dan usaha mereka mengkristiankan penduduk semakin berani dan terbuka.
Mengulas lanjut, Ann - yang lebih 15 tahun memeluk Islam menyifatkan ia sebagai gejala sepanjang zaman dan perkara tersebut tidak boleh dipandang sebelah mata.
Dakwanya, bilangan umat Islam yang telah murtad mencecah lebih 200 ribu orang dan beliau berani bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuatnya itu.
Menurutnya angka tersebut diperolehi daripada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang memberitahunya maklumat tersebut diperolehi dari sumber yang sahih.
"Sampai sekarang beliau mempertahankan kenyataannya. Dan ia mungkin bertambah. Itu tiga tahun yang lepas," katanya.
Ann turut mendakwa berlakunya penyebaran ajaran Kristian di Johor Bahru termasuk pengedaran risalah disebar sebuah universiti di negari itu.
Beliau juga turut menegur beberapa ulama agar membincang dan menyelesaikan masalah yang lebih besar antaranya berkaitan denagn saudara baru yang baru memeluk Islam.
Belum dirasai
Wakil Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik turut bersependapat dengan Ann berhubung perasaan tergugatnya Islam di negara ini belum dirasai oleh masyarakat Islam.
Katanya ia disebabkan kerana isu yang timbul dilihat secara terpisah-pisah bukan secara kesatuan.
Dengan memberi contoh apa yang berlaku di Iraq dan umat Islam di Malaysia melihat "itu bukan masalah kita".
"Ini disebabkan kita rasa selesa. Makan kita tidak tergugat, kerja kita (tidak tergugat)...," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam tanpa mengira latar belakang mesti bersatu mempertahankan Islam dengan menyusun gerak kerja serta menguat persefahaman.
Bagaimanapun Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mengambil sikap bahawa Islam tidak tergugat di Malaysia.
Sebaliknya katanya ia tergugat dari sudut perlaksanaannya yang menjurus kepada memperkecil-kecilkan agama Islam sebagai agama persekutuan.
Dengan memberi contoh antaranya terdapat sebuah negeri di utara Malaysia di mana fatwa mufti tidak diwartakan atas arahan exco agama.
Campuri urusan agama
"Mufti dapat surat daripada exco, ubah fatwa yang diputuskan, saya kira ia mencampuri urusan agama.
"Surat itu bertentangan dengan perlembagaan," katanya.
Manakala presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin berkata umat Islam perlu kepada kesepakatan dakwah di kalangan NGO.
"Kita tidak bergantung harap kepada parti politik dan orang lain.
"Kita perlu persepakatan, apakah perkara-perkara asas dipersetujui bersama dengan institusi dan parti-parti politik Islam.
"Perkara asas ini tidak (boleh) dipolitikkan atau digadaikan.
"Saya sifatkan sebagai satu piagam untuk kepentingan Islam supaya tidak ada orang yang menyalahinya," katanya.
Selain itu, Zaid juga turut menggesa agar memperkukuhkan solidariti dan ukhwah di kalangan umat Islam sebagai benteng yang kukuh demi kepentingan Islam.
"Pertubuhan Islam perlu rapat dan berpadu serta berhubungan baik dan melaksanakan kerjasama dan menjalankan (program) melalui konteks gabungan.
"Perkara ini harus dididik dan dipupuk melalui jalinan dengan melakukan kerjasama," katanya.
(malaysiakini.com)
......................................................................................................................
Pergh... trperanjat aku semalam bile aku check malaysiakini. Nak dkatekan, mmg jarang untuk aku bace newspaper apetah lagi nk tengok tv. Tapi tajuk yg diorg bawak kali nie mcm dah trbalik. Sepatutnye, Islam ancaman terbesar kristian.
Teringat plak aku time tengok Ahmed Deedat pnye lecture/debate. Pergh, naik biru muke minister kristian tu. Mane tak nye, Ahmed Deedat (moga Allah merahmati nya) faham ape tu sbnarnye Islam n Kristian. Tapi, sayang sekali pada hari nie kita diberitahu bahawa ramai muslim yg pi convert ke kristian!
Woooha?? why this thing happening? Nak salahkan orang lain ke? Sebenarnye, dakwah lah yg menjadi kunci mengapa ramai orang islam mengkonvert. Hey, kristian punye preacher/ missionaries (pendakwah) menjalankan tugas dengan sistematik tau!.
Time 1st time aku dtg kat Kuching, aku kene admitted kat Hospital Umum Sarawak. Pergh 9 hari kene tahan wad. Then, mmg cun lah tarikh tue dengan christmas. Lepas aku solat isya' sambil duduk atas katil, dengan drip kat sebelah. Then aku nmpak 'diorang' dtg. Pastu, berkatalah: "jgn takut jgn gentar, tuhan Allah di tempat yg Tinggi, Nabi Isa penyelamat umat manusia, menghapuskan dosa warisan kita.... bla5x... The end, diorg kasi hemper besar. Ade soda, juice, towel, sabun, biscuits, twisties and roti.(semuenye halal) Konsep aku, kalau org kasi, aku amek. Tapi bile aku pi belek2 wrapping hamper tue, diorang lekat kan satu label. FOR NON-MUSLIM ONLY. Pergh... then aku terus pi kasi kat budak depan katil aku(non-muslim) yg mmg teruk kene denggi.
hemm...
Dakwah pada non-muslim dan Islah pada yg muslim mmg tak boley dipisahkan, :
" Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."(QS.16:125)
Menjadi masalah skg adalah Muslim yg lahir dari keluarga Islam. Yg kefahaman dan keyakinannya kebanyakkan adalah seperti satu warisan. Mengikut tanpa mengkaji atau belajar agama hanya utk exam mungkin merupakan satu faktor mengapa mudahnya masalah ini merebak. Mungkin sekarang kita tak rasa sangat masalah tersebut, tapi generasi akan dtg pasti menanggung bebanan masalah ini.
Btw, i Like Ahmed Deedat!! May Allah protect us from being Syrik to Him.