-roti kawen-
Time zohor kat surau, orang A ajak aku wat bende tu lepas maghrib. Alasan yg diberikan, pasal semua makin sebok lately, x de mase plak tu. So kene lah wat mlm tu.
Selepas maghrib, dalam gerai makan yg halal...
orang A: mari kita buka majlis kita dgn al-Fatihah. Ok, cube bace satu surah yg mudah, pastu terangkan.orang B: Hemm. ok Al-ikhlas. (bace ngan lancar)
orang A: Huraikan.
orang B: (aku terangkan tapi just translation)
orang A: hemm, terangkan ayat.
orang B: (aku terangkan 'sebaik mungkin')
-15 minit menerangkan. Just basic.-
orang A: (bercakap)
orang B: (menyampuk)
orang A: (bercakap)
orang B: (menyampuk)
orang A: (bercakap)
orang B: (menyampuk)....
orang A: adab bile org cakap, jgn mencelah. Nanti kene panggil kurang ajar plak.
orang B: owh... ye ke. sorry. ingatkan discussion. Two way communication. (pastu aku senyap)
orang A: Berdasarkan ape yg telah dilihat, memang kurang communication skill. Pastu memang kene ada asas2 Islam.
orang B: err.. asas2 Islam tu memang ade, 'Buku Asas2 Islam' je tu blom ade.
orang A: Sedangkan cara penerangan tadi pun kabur, tak tersusun dan tak konsisten. Memang kene bace buku tu. Jangan sebok ngan report dan revision.
orang B: aku just diam (takut nanti kene panggil kurang ajar)
orang A: kalau tiba2 org bukan Islam dtg pastu suruh terangkan surah al-Ikhlas. Dengan cara yg telah ditunjukkan tadi, org tu makin confuse.
orang B: sekali lagi, aku just diam (takut nanti kene panggil kurang ajar)
-Berlarutan sampai 8.10pm. Dan bersurai utk ke surau untuk Isya'-
...................................................................................................................................................................
Methods and materials:
1. ok... aku tengah sebok. Memang tak semestinye aku lupe sape aku sebenarnye.
2. Niat mmg baik tapi 'the way' ko wat bende nie semacam pushing aku semacam plak.
3. Aku kadang2 boleh jadik blurr pasal dah lame tak wat presentation.
4. ok, ko wat untuk org MELAYU je.... pasal ko tanak share ngan budak afrika n budak sri lanka tu, seronoklah cikit.
5. Pasal plak kite 'berdua' je kat tmpat makan nie?? salah ke ajak diorang sekali.
6. 'sebaik mungkin' pasal aku dpt rase mcm stress then ko wat muke plak. Point tak tersusun?? Nak tau knape? Pasal aku dah terangkan sebaik mungkin tapi ko cakap "itu bukan huraian".
7. Ko bagi contoh.... (dengan petik ayat Quran sana sini dgn fasih dan lancar) Then skrg baru lah aku tau mcm mane format nye.
8. Wei... aku penat laa.. ko tak nmpak ke kat mate aku nih??
9. Nasib baek ade org (sarawakian muslim) tibe2 dtg menyapa. Then, pasal muke ko tibe2 mcm tak bley control.
10. JaZakallah khair atas ice lemon tea ngan roti kawen. Ko belanje, aku terima.
Conclusion (cam wat repot plak):
Thanks for that comments and advices. Aku tahu ko ngan aku nie berbeza. Ko nie terlatih, aku nie tak bertauliah. If nak expect aku cakap mcm ko, memang lmbat lagik laa. Lastly, aku tak penah pun tepikir atau tercakap yg aku nie dah cukup hebat. Takpe, aku assume ko pon blurr same cam aku pasal banyak keje.. (brsangke baik). Anyway anyone have their own unique ability.
Moga dirahmati Allah.
-ini bukan nk memalukan sesiapa, just perkongsian. Btw, orang B tue sbnrnye aku-
No comments:
Post a Comment