Tuesday, June 21, 2011

ZTH 2 ....


zero--->HERO

Alhmdulillah, selesai sudah program Zero to Hero (Z2H) yang telah berlangsung di Dewan Seminar, CTF1, UNIMAS. Seminar tersebut yg dihadiri oleh majoritinya pelajar asasi sains UNIMAS dan sebilangan lagi dari UiTM telah berjaya diadakan pada 18 June 2011 (sabtu lepas). Dua orang penceramah yang di'terbangkan' khas dari semenanjung iaitu Dr. Mohd Arif B. Hj Mat Noor dan Ustaz Anuar Soleh. "Dasyatkan Potensi Dirimu", merupakan slogan bagi Z2H kali ke-dua tersebut. Perasmian penutup seminar yang berlangsung sejak dari pukul 8.00pagi hingga 04.30petang tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg. Prof Madya Dr. Othman bin Bojo, Dekan Pusat Pemajuan Pelajar UNIMAS.

Para peserta


Jualan buku ZTH


Jualan oleh pihak kerjasama; Aman Palestin Sarawak



Talk Show


Kat tangga pun jadi lah!!




Ajk yang tetap ceria walaupun penat

Allrite, dlm progam seminar nie mmg mcm2 tips dan keterangan untuk mcm mana hendak mendasyatkan potensi yg semua orang ada dalam diri masing2. Semuaq orang ada potensi untuk successful. Tapi ingat, successful bukan sahaja di dunia sahaja perlu diberi fokus, akhirat juga perlu dititikberatkan. Dalam sesi Talk Show:Heroes Missions, moderator saudara Hanis ada mengatakan "take action" dalam apa jua tindakan adalah kunci kejayaan.

Resepi kejayaan juga telah Allah sebutkan dalam Surah At-Taubah iaitu tentang golongan yang mendapat kemenangan besar:

(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). [9:112]

Banyak lagi kupasan-kupasan yang bernas telah dituntaskan oleh ahli panel pada sesi Talk Show tersebut. Kalau nak citer kat sini nanti tercabut pula keyboard nie. Hemm... Ok lah . Insyallah jumpe lagi di terbitan yg laen..

Peace!!

Wednesday, June 15, 2011

Sape kate malaysia selamat??




Dua hari lepas, tgh bapak aku ngan kengkawan dia 'berkhidmat utk negara' di KL, tiba2 diorg diminta turun dari banggunan pasal amaran gempa bumi. Bunyik mcm kat Japan plak kan??

Teringat plak cikgu geografi aku cakap yg Malaysia berada di luar lingkaran api pasifik dan amat mustahil untuk kita menerima gempa bumi. Woohaa!! Mungkin kerajaan kene tukar balik sillibus geografi kat M'sia nie.. pasal lately, gempa bumi pun boleh terasa kat Malaysia (semenanjung)!. Satu lagik, cikgu selalu 'brain wash' otak budak2 sekolah ngan mengatakan, " ini adalah fenomena alam SEMULA JADI". Dunia nie bukannye berfungsi dgn semula jadi tau, yg berpahaman "semula jadi" nie org2 Athies. Ok, tak payahnk tengok planet2 nie just cube tengok genetik kat chromosome korang. Punye lah komplex!! bende yg komplex nie takkan trjadinya dgn secara semulajadi!!! mestilah dicipta oleh AL-HAKIM : The Wise : Maha Bijaksana.

Subhanallah!!

Menurut sumber yg dipercayai, 1st punye gempa bumi berlaku pada 8.08am dan berukuran 5.5 magnitude dan diikuti oleh gempa yg kedua iaitu pada pukul 11.01am berukuran 5.6 magnitude. Kedua2 gempa trsebut brlaku kat Sumatera. pergh... kalau betul2 berlaku kat KL, entah ape agaknye rupe keadaanye yek? Moga Allah lindungi malaysia dari segala bencana. Ameen..

So, aku rase kn, Malaysia kene start pikir mcm org jepun, buat sistem pembanggunan yg dapat menampung gegaran. Jgn lah plak asyik berpolitik 'bermati-matian', naek letih aku bace berite politik nie. (hemm, malas nak layan).


Bukan kat Sumatera je yg gempa bumi minggu nie, kat Cristchurch, NewZealand pn ade earth quake. Diorg punye gempa bumi berukuran 5.0 magnitude!

Anyway gempa bumi nie adalah salah satu daripada bidang kuasa Allah, kita mmg oleh predict and prepare tapi results atau outcome hanya Allah je yg tahu.

"There is not a population but We shall destroy it before the Day of Judgment or punish it with a dreadful Penalty: That is written in the (eternal) Record." (17:58)

"Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz)." (17:58)
Ok, times up. Nak pi pejabat pos jap...

Peace!!

Friday, June 10, 2011

yup... its being a while..

Tetibe plak aku rase doa aku mmg terus dimakbulkan...

Pasal nak kat exam haritu, aku doa moga dijauhkan segala yg mengganggu time study yg critical nie. Entah pasal ape plak tangan aku pi gatal2 mem'fancy'kan laptop nie, sampai 'ter' tukar bende yg patut ditukar.... i mean system 32. At last... x leh start. Tension plak aku, nasib baik notes semua dah dihardcopy kn. hehehe..

Lalu... berakhirlah exam pada 9th June.... hohoho dattebaiyo!
So, malam tu, aku 'bergegas' pi kedai komputer dan tanye lah kat mamat tu, "bos, ini laptop sula manyak ali tada start, boley kasi lipair ka?". Mamat tue jawab, "haiya, ini lu suda kasi kacau System 32 maa. Kena liboot (reboot) ma!! Gua bley kasi 'crack' window7. Lagi bagus maa!!" Then, aku pon blaa.... tgh pusing2 aku tanye mamat tu, then die kasi recommendation. So, aku setuju lah. At last aku yg repair sendirik Laptop nie.. First problem laptop nie sebenarnye dah x leh wat backup file kalau nak reboot. Dekat reboot pnyer option, sama ada kene kosongkn DriveC ataupun buat backup before kene reboot. Aku tak kesah kalau C aku diformatkan, tapi bnayk sgt bende2 yg penting dalam hard disk tu. So, aku beli lah extension wire untuk hard disk aku. First, aku bawak kluar hard disk (HD )aku then sambung kat connector. Lastly aku dpt transfer documents, save file, dan mcm2 lagik... yg best nye file moyashimon aku dapt aku trasfer ke externa HD.. dan hasil2 tulisan yg ade aku tulis. Akhirnye sebelum solat Jumaat laptop dah boleh digunakn semula.

Anyway, Swinwifi is terribly sucks lately. =(

Ahaah, nie lah perkakasan2 yg aku gune.

So, bagi yg ade masalah dgn laptop bolehlaa hubungi aku kat blog nie ataupun dtg sendiri kat tmpat aku. (mcm buat bisnes plak yek!). ngiahaaa!!

ok... mate dah kabur (bukan pasal aku banyak gune mengekyo sharingan), tapi pasal dah ngantok.... kui3x...
peace!!

Sunday, May 29, 2011

take 5


That's what I call efficiency, not quantity. Tapi quantiti syilibus kene lah di'khatamkan' dgn quality... wooha!

Since today is sunday, dan semestinye cafe' x bukak. So, kene lah mencari makanan/hunting. hehe.. Berpagi2an di libry (menghabiskan mentera2 yg perlu difahami dan dihafal) sebelum dtgnya saat exam. Singgah dimasjid darul I'tihad utk Zohor n pergi lunch kat banggunan sebelah tu (The Spring)..

Masuk2 je aku dengar lagu org S'rawak main sape. Tau x ape tu sape?? Try google. Anyway, aku just jalan2 then ak ade tgok bnyk promotion. Semperna Gawai!! Fuuh, ngan decoration, ngan lagu, ngan promotion... heeem.. S'rawak. Pastue, ak pi lah lunch n find ration to able myself to survive in this last few days, from TaKiong.

Mlm sebelum tue, lepas maghrib, aku pi lah jln2 jap amek angin kt luar sebelum waktu isya'. Tgh aku round2 (mcm pak guard buat rondaan plak), aku pi lah borak2 ngan sorang makcik guard (maybe pangkat nenek kot, pasal dah brcucu) yg tgh tunggu orang jemput die balik.

Makcik tu kate boss die tak kasi cuti untuk Gawai. Pasal dlm familly (die org Iban) die, only herself who converted to Islam. Boss die kate org Islam tak boleh sambut Gawai. Tapi makcik tue kate sbnarnye die nk just visiting her family. Then, die try mintak pendapat aku, betulke org Islam x leh sambut Gawai?? So, aku jawablah. Setiap sambutan mesti ade sebabnye kn? Mmg tak boleh lah seorang muslim menyambut sambutan perayaan yg bertentangan dgn aqidah. If niat makcik nak just melawat family, bagi pendapaty saya takda masalah. Menjadi seorang muslim tak semestinya putus tali kekeluargaan. Nama bapa makcik pon x bertukar... Islam melarang keras individu yg memutuskan hubungan kekeluargaan. Melainkan, keluarga makcik menyuruh makcik melakukan perbuatan kufur atau bertentangan dgn syariah Islam...

pergh... mcm pidato plak.. hehe..

Teringat plak bro Lim Jooi Soon, dia merupakan sorang 'pendakwah' dalam menyampaikn Islam pada non muslim. Kalau nak kenal brother nie, bley try carik kt FB. Die nie salah satu model yg aku respek, atas dasar ilmu dan skill yg die ade. Memang mcm Ahmad Deedat.

allrite....

Langit dah gelap, padahal bru pkl 4pm. Angin dah start bertiup kencang. Baik aku tutup tingkap, takut basah dek hujan. Ahaa... petir dan guruh dah tiba... dan sepoi2 suara azan berkumandang.. Pasnie, sambung ngan retrotransposon plak!! (~__~) !!

-peace-



Tuesday, May 24, 2011

~~~Illusion~~~

"Illusions... or real illusions. Within the illusions hide real illusions... from the real illusions, the illusions are created. Within the truth hides the lie... within the lie hides the truth. That is the Mist." -Mukuro Rokudo

Alhmdulillah, paper Analytical Chem dah selesai (no comment).... 2 lagik paper menunggu; biochem(gene&protein) and environ.microb.

pergh... mcm illusion plak ak rase, x lame lagik dah abes semester thn nie..

realitinye dah 4 bulan berlalu,

Then, mcm best plak aku tengok senior2 aku wat preparation (final year project). Terase mcm dah final year student plak!! ahaks!

Hemm... if 22 Mei haritu aku kat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Nak je aku pi tengok forum MEMBINA NEGARA SEJAHTERA!!, tengok kt youtube laa nmpaknye.

Takziah kat semue mangsa tragedi tanah runtuh kat Rumah anak2 Yatim & Anak2 Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat. Moga ditempatkn bersama orang2 soleh.. ameen..

Minggu lepas pegi Semenggoh, tengok Orangutan gigit orang!! Habis koyak lutut brader tue... mmg live action! maybe orangutan tue tension kot?? who knows!

Next, i felt weird with the guy (Osama Laden)... bukan die dah mati ke?? Then.. corpse die pegi campak kat laut!! hem hem.... suspicious!

Lastly.... politik Malaysia.... mcm2 citer.. =( Tu yg ak malas nk bace paper..

Anyway

Illusion is still a illusion. Can be happened to you and me if we r not aware. Anything that happened to us was a reality. But if you trapped in the illusion (not by sharingan!!), quickly get up and stick to the reality. Get to know who u r and why you are there. Because life is not an illusion, it is a one way ticket!! Wake up and renew your will. Stop those nonsense thought and be what you ment to be!!

“O you who believe! Obey Allah and obey the Messenger (Muhammad [saw]), and those of you (Muslims) who are in authority. (And) if you differ in anything amongst yourselves, refer it to Allah and His Messenger (SAW), if you believe in Allah and in the Last Day. That is better and more suitable for final determination” [4:59]

Okie dokie.. times up...Peace!!

'Credit to Mukuro Rokudo'

Tuesday, May 10, 2011

All my Notes speak to me!!



"If you wish to kill read me,

hate me,

detest me,

and live in an unsightly way.

Run, run and cling to life.

And when your eyes are the same as mine ready to read,

come and read me again and again”


Pressure... entah dah brape paskal skg aku tgh ade. Dgn HPLC punye report plus exam next week. Haha.. aku tulis posting nie pon pasal nk memgurangkan 'ketegangan'.. mane taknye... nk dekat exam nie, mcm2 idea best yg klua. "Bro... sabar bro.. nanti cuti ko relax laa yek!!", kate aku.

Waa... adek aku nanti cuti 4 bulan!!! x aci nyer.. anyway. Mlm nie mmg kene abeskn 2 report ngan satu scientific writing. Then, we can proceed with our new agenda!! Muahaahaha!!!

Oppss.. cukup 10 min. Isya' dah berkumandang... Kawe kelik lalu...


Sunday, May 8, 2011

Christianity..... why?

PEMBELA: Agama Kristian ancaman terbesar Islam
Abdul Rahim Sabri
Mei 7, 11
8:04pm
Kongsi 299
NGO Islam - Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mempersalahkan agama Kristian sebagai faktor yang menymbang kepada kemerosotan Islam di negara ini.

yusri mohamad pembela spokesperson islam under seige"Adalah jelas, cara agresif dan konfrontasi masyarakat Kristian yang membawa kes-kes ke mahkamah, laporan polis mereka di seluruh negara dan kenyataan media (mereka) sama ada penggunaan kalimah Allah ataupun isu al-Kitab dalam bahasa Melayu.

“Ini semua boleh dikaitkan dengan gerakan untuk menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam,” kata presiden PEMBELA Yusri Mohamad.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membentangkan resolusi forum "Islam Tergugat: Apa Tindakan Kita? di ibu negara hari ini.

Katanya lagi usaha halus untuk memurtadkan umat Islam, bermula dengan “mengelirukan” mereka dengan menggunakan istilah-istilah yang dipinjam dari Islam.

“Dalam resolusi hari ini, mereka ada satu strategi untuk menyebarkan dan menjinakkan umat umat Islam dengan agama Kristian dengan menggunakan istilah yang biasa dan selesa digunakan orang Islam,” katanya.

Sebelum ini PEMBELA mendakwa kedudukan Islam di negara ini terancam berikutan perkembangan hubungan Islam-Kristian.

pembela seminar on islam under seigePada forum yang dihadiri kira-kira 35 NGO Muslim, para panelis kerapkali merujuk kepada agama Kristian dan dan mempersalahkan masyarakat berkenaan yang menyebabkan kedudukan Islam 'terancam'.

Perwakilan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACCA) Ann Wan Seng juga bersetuju bahawa terdapat usaha halus oleh masyarakat Kristian untuk memurtadkan umat Islam di negara ini.

Umpama garam di makanan

"Ia cukup halus umpama garam di makanan anda. Awak tidak boleh melihatnya, rasanya tidak terlalu masin tetapi awak akan tahu ia ada di situ. Dan ia cukup berkesan,” katanya.

Ann juga mendakwa Petaling Jaya di Selangor adalah pusat aktiviti Kristian dan usaha mereka mengkristiankan penduduk semakin berani dan terbuka.

ann wan seng pembela seminar on islam under seigeMengulas lanjut, Ann - yang lebih 15 tahun memeluk Islam menyifatkan ia sebagai gejala sepanjang zaman dan perkara tersebut tidak boleh dipandang sebelah mata.

Dakwanya, bilangan umat Islam yang telah murtad mencecah lebih 200 ribu orang dan beliau berani bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuatnya itu.

Menurutnya angka tersebut diperolehi daripada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang memberitahunya maklumat tersebut diperolehi dari sumber yang sahih.

"Sampai sekarang beliau mempertahankan kenyataannya. Dan ia mungkin bertambah. Itu tiga tahun yang lepas," katanya.

Ann turut mendakwa berlakunya penyebaran ajaran Kristian di Johor Bahru termasuk pengedaran risalah disebar sebuah universiti di negari itu.

Beliau juga turut menegur beberapa ulama agar membincang dan menyelesaikan masalah yang lebih besar antaranya berkaitan denagn saudara baru yang baru memeluk Islam.

Belum dirasai

Wakil Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik turut bersependapat dengan Ann berhubung perasaan tergugatnya Islam di negara ini belum dirasai oleh masyarakat Islam.

Katanya ia disebabkan kerana isu yang timbul dilihat secara terpisah-pisah bukan secara kesatuan.

speakers pembela seminar on islam under seigeDengan memberi contoh apa yang berlaku di Iraq dan umat Islam di Malaysia melihat "itu bukan masalah kita".

"Ini disebabkan kita rasa selesa. Makan kita tidak tergugat, kerja kita (tidak tergugat)...," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam tanpa mengira latar belakang mesti bersatu mempertahankan Islam dengan menyusun gerak kerja serta menguat persefahaman.

Bagaimanapun Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mengambil sikap bahawa Islam tidak tergugat di Malaysia.

Sebaliknya katanya ia tergugat dari sudut perlaksanaannya yang menjurus kepada memperkecil-kecilkan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Dengan memberi contoh antaranya terdapat sebuah negeri di utara Malaysia di mana fatwa mufti tidak diwartakan atas arahan exco agama.

Campuri urusan agama

"Mufti dapat surat daripada exco, ubah fatwa yang diputuskan, saya kira ia mencampuri urusan agama.

"Surat itu bertentangan dengan perlembagaan," katanya.

abdullah zaik pembela seminar on islam under seigeManakala presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin berkata umat Islam perlu kepada kesepakatan dakwah di kalangan NGO.

"Kita tidak bergantung harap kepada parti politik dan orang lain.

"Kita perlu persepakatan, apakah perkara-perkara asas dipersetujui bersama dengan institusi dan parti-parti politik Islam.

"Perkara asas ini tidak (boleh) dipolitikkan atau digadaikan.

"Saya sifatkan sebagai satu piagam untuk kepentingan Islam supaya tidak ada orang yang menyalahinya," katanya.

Selain itu, Zaid juga turut menggesa agar memperkukuhkan solidariti dan ukhwah di kalangan umat Islam sebagai benteng yang kukuh demi kepentingan Islam.

"Pertubuhan Islam perlu rapat dan berpadu serta berhubungan baik dan melaksanakan kerjasama dan menjalankan (program) melalui konteks gabungan.

"Perkara ini harus dididik dan dipupuk melalui jalinan dengan melakukan kerjasama," katanya.

(malaysiakini.com)

......................................................................................................................

Pergh... trperanjat aku semalam bile aku check malaysiakini. Nak dkatekan, mmg jarang untuk aku bace newspaper apetah lagi nk tengok tv. Tapi tajuk yg diorg bawak kali nie mcm dah trbalik. Sepatutnye, Islam ancaman terbesar kristian.


Teringat plak aku time tengok Ahmed Deedat pnye lecture/debate. Pergh, naik biru muke minister kristian tu. Mane tak nye, Ahmed Deedat (moga Allah merahmati nya) faham ape tu sbnarnye Islam n Kristian. Tapi, sayang sekali pada hari nie kita diberitahu bahawa ramai muslim yg pi convert ke kristian!

Woooha?? why this thing happening? Nak salahkan orang lain ke? Sebenarnye, dakwah lah yg menjadi kunci mengapa ramai orang islam mengkonvert. Hey, kristian punye preacher/ missionaries (pendakwah) menjalankan tugas dengan sistematik tau!.

Time 1st time aku dtg kat Kuching, aku kene admitted kat Hospital Umum Sarawak. Pergh 9 hari kene tahan wad. Then, mmg cun lah tarikh tue dengan christmas. Lepas aku solat isya' sambil duduk atas katil, dengan drip kat sebelah. Then aku nmpak 'diorang' dtg. Pastu, berkatalah: "jgn takut jgn gentar, tuhan Allah di tempat yg Tinggi, Nabi Isa penyelamat umat manusia, menghapuskan dosa warisan kita.... bla5x... The end, diorg kasi hemper besar. Ade soda, juice, towel, sabun, biscuits, twisties and roti.(semuenye halal) Konsep aku, kalau org kasi, aku amek. Tapi bile aku pi belek2 wrapping hamper tue, diorang lekat kan satu label. FOR NON-MUSLIM ONLY. Pergh... then aku terus pi kasi kat budak depan katil aku(non-muslim) yg mmg teruk kene denggi.

hemm...

Dakwah pada non-muslim dan Islah pada yg muslim mmg tak boley dipisahkan, :

" Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."
(QS.16:125)

Menjadi masalah skg adalah Muslim yg lahir dari keluarga Islam. Yg kefahaman dan keyakinannya kebanyakkan adalah seperti satu warisan. Mengikut tanpa mengkaji atau belajar agama hanya utk exam mungkin merupakan satu faktor mengapa mudahnya masalah ini merebak. Mungkin sekarang kita tak rasa sangat masalah tersebut, tapi generasi akan dtg pasti menanggung bebanan masalah ini.


Btw, i Like Ahmed Deedat!! May Allah protect us from being Syrik to Him.