Tuesday, June 21, 2011

ZTH 2 ....


zero--->HERO

Alhmdulillah, selesai sudah program Zero to Hero (Z2H) yang telah berlangsung di Dewan Seminar, CTF1, UNIMAS. Seminar tersebut yg dihadiri oleh majoritinya pelajar asasi sains UNIMAS dan sebilangan lagi dari UiTM telah berjaya diadakan pada 18 June 2011 (sabtu lepas). Dua orang penceramah yang di'terbangkan' khas dari semenanjung iaitu Dr. Mohd Arif B. Hj Mat Noor dan Ustaz Anuar Soleh. "Dasyatkan Potensi Dirimu", merupakan slogan bagi Z2H kali ke-dua tersebut. Perasmian penutup seminar yang berlangsung sejak dari pukul 8.00pagi hingga 04.30petang tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg. Prof Madya Dr. Othman bin Bojo, Dekan Pusat Pemajuan Pelajar UNIMAS.

Para peserta


Jualan buku ZTH


Jualan oleh pihak kerjasama; Aman Palestin Sarawak



Talk Show


Kat tangga pun jadi lah!!




Ajk yang tetap ceria walaupun penat

Allrite, dlm progam seminar nie mmg mcm2 tips dan keterangan untuk mcm mana hendak mendasyatkan potensi yg semua orang ada dalam diri masing2. Semuaq orang ada potensi untuk successful. Tapi ingat, successful bukan sahaja di dunia sahaja perlu diberi fokus, akhirat juga perlu dititikberatkan. Dalam sesi Talk Show:Heroes Missions, moderator saudara Hanis ada mengatakan "take action" dalam apa jua tindakan adalah kunci kejayaan.

Resepi kejayaan juga telah Allah sebutkan dalam Surah At-Taubah iaitu tentang golongan yang mendapat kemenangan besar:

(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). [9:112]

Banyak lagi kupasan-kupasan yang bernas telah dituntaskan oleh ahli panel pada sesi Talk Show tersebut. Kalau nak citer kat sini nanti tercabut pula keyboard nie. Hemm... Ok lah . Insyallah jumpe lagi di terbitan yg laen..

Peace!!

No comments:

Post a Comment