Friday, January 1, 2010

Where is the justice???

Hari nie ak berase sgt pelik, yalah pasal lepas bace berite harian online. Korang ade bace tak? Pasal kes penggunaan nama Allah dlam agama khatolik; Christian. Yg peliknye kes tersebut pihak Christian menang dlm tuntutan diorang.

Nie menggemparkan pagi 2010 yg pertama aku. Hati aku mmg rase bengang dan hairan camner kes yg melibatkan hak Islam tak dapat di selamatkn walhal perkara taersebut berlaku dlam Negara Islam. Mengapaaaaa??????

Mengikut Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan. Maka dgn automatiknyer, segala yg berkaitan Islam terpelihara termasuk dgn nama Allah tu sendiri.

Aku serius x nak perkara tersebut terjadi spt di Indonesia, diorg kristien panggil God as Allah.

Padahal prinsip ketuhanan diorang x same ngan kiter sbgai seorg muslim yg mukmin. Diorang mengatakan tuhan tu adalah tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul Quddus. And this will unite to be one, that’s trinity!!! 3 in one cam Nescafe. Bukan nak menghina tapi memang 3 in 1.




Sekiranya perkataan Allah tu digunakan dengan meluas dlam masyarakat Malaysia, terutamanya pada yg jahil dan lemah maka pasti akan timbul kekeliruan. Pabila pada 2 agama ade menggunakan nama Allah, pasti dpt mengelirukan anak2 muda kita yg 50:50 dlam mengamalkan Islam dalam kehidupan.

Contohnya, diorang yg jahil pasti akan termakan trick orang2 missionary (pendakwah Christian). Bagi yg terumbang- ambing dlam agama pastinya memilih untuk menyembah “Allah” yang lebih secular dengan lebih kebebasan dalam social dan hukum-hakam kehidupan seharian. Lalu berkemungkinan besar mereka akan pergi memeluk agama Christian. Pasal diorang pun menyembah “Allah”.

Dengan cara hidup anak2 muda kini yg jauh daripada Al-Quran serta sunnah Rasulullah dan melebihkan cara hidup dan ideology secularism pastinya mereka dgn mudahnya terpedaya.


Lastly, aku nak urge kat aku sendiri n korang yg bace blog aku nie, persiapkan diri anda dengan kekuatan iman dan kefahaman tauhid yg teguh lagi mantap. Biarlah kita luas dalam bab fekah tapi bersatu dalam bab tauhid. Dan pelajarilah bagaimana hendak berhujah jika korang berhadapan ngan diorang. Hemmm... setahu aku contoh yg paling baik adalah Ahmad Deedat, korang bolehlah buat research pasal dia. Kerana sekarang kita berada didalam zaman fitnah. Korang pown dah tau kan??? ape maksudnyer pabile berlakunye banyak fitnah??? Tanda2 kiamat lah tuu...


Wallahua’lam.... ape yg salah tu aku btol2 mintak maap, pasal aku nie masih belajar dan masih banyak kelemahan yg perlu dibaiki....

Assalamualaikm pade semue dan moga2 iman kita sentiasa bertambah, insyallah....

No comments:

Post a Comment