Sunday, January 3, 2010

Ape yg tak aci sebenornye??


Ape not fair???

Hemmm... setelah aku mendalami dan memperhalusi blog2 serta pelbagai pandangan serta nas-nas yg dihujahkan dalam topic yg lepas, ape yg ak bley cakap adelah jgn mengelabah sgt. Dan daripada ape yang yang telah aku analisa, isu tersebut nampak jer macam satu ancaman yang besar kepada masyarakat Islam. Perlu diketahui, ape yg penting dalam isu ini adalah bukannya berebut nama Allah, tetapi asas atau tunjang agama itu lebih penting dipertahankan dan diambil beratkan.


Pemurnian Akidah Islamiah adalah merupakan satu langkah yang penting yang seharusnya dilakukan oleh masyarakat pada masa kini. Umat Islam di Malaysia sebenarnye mudah melatah@gelabah bile isu tersebut bangkit dalam masyarakat. Realitinya hari ini, KITA mudah menuduh org laen serta berprasangka buruk kat org laen. Walhal keburukan yang dihadapi berpunca dari diri sendiri.


Umat Islam itu sendiri lemah. Bukan maksudku Islam tu lemah atau orang yang masuk islam itu lemah, tetapi ummah pada hari ini dah memang jauh dari syariat Islam yang sebenar. Dimana apabila hendak dilakukan satu anjakan perubahan pada minda masyarakat, maka dilebel dengan segala lebelan yang buruk. Seolah2 individu yg hendak melakukan tajdid/perubahan dlm masyarakat membawa ajaran baru!!!

Bukan nak kate lah.... tapi tulah hakikat.


Kembali pade perbincangan tadi, tuntutan terhadap penggunaan nama Allah sebenarnye oleh pihak kristian sebenarnye adalah untuk digunakan dalam kitb bible edisi bahasa melayu. Menggantikan penggunaan god kepada Allah. Kenape dalam BM???.... Pastilah untuk kegunaan pebacaan penganut khatolik di Malaysia. Contohnya seperti di etnik Sabah dan Sarawak, diorang lebih fasih dalam Bahasa Melayu bukannye English. So, what is the deal? Adakah penggunaan istilah Allah dalam bible mengelirukan umat Islam?? Adakah dengan istilah Allah tu dalam bible merosakkan aqidah umat Islam?? Adakah dengan perkataan Allah dalam bible merosakkan akhlak Islamiah umat islam yang dikatakan sebagai mukmin sejati?? Seorang yang muslim lagik mukmin x kan goyah dalam bab akidah islamiyah nie


Ok mungkin dalam posting yang dulu ak penah cakap tentang implikasi that might happend to the youngsters yg 50:50 dlm beragama. So... jgn lah kita lari dari masalah yg 50:50 tu.

If we keep running away from the problem, it will not solve naturally.

Face the problem and find its solution. Tu lah resolusi yg terbaik. Mungkin masalah terbesar dalam masyarakat adalah bermula dari institusi keluarga tu sendiri. Yup!! Pasal asas pembinaan ummah bermula dari rumah. Sekiranya offspring diorang kuat dari segi akidah, insyallah semua nyer selamat.




Sekiranya seorang muslim itu mantap dalam Akidah, maka dia tahu siapekah diri mrk sebenarnya. Kerana dia tahu akan hakikat serta matlamat kehidupannya di dunia. Dari ketulusannya dalam beriman kepada Allah, maka akan terpancarlah akhlak Islamiah. Dia menjadi sorang mukmin yang x mudah gelabah jika berhadapan dengan masalah. Tetapi, dengan pantas kembali pada Al-Quran dan Sunnah. Dia sering bewaspada atas segala perlakuannya agar x menjadi fitnah pada Islam. Dia seorang yang luas dalam dalam menerima pendapat tetapi lantang dalam menyuarakan pendapat dengan disiplin dan keilmuan Islamiah yg tertinggi. Akhir sekali, dia tidak fanatic atau extrimis dalam lautan pendapat. Apa yang penting baginya adalah pendapat yang paling rajih lagi kuat menjadi pegangannya.

Kembali semula pada topik kita, lets grab tafsir ibn katsir / terjemahan quran.

Then, mari kita baca dan fahami ayat Quran dalam surah Az-Zukhruf nie:

وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَهُمۡ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۖ فَأَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ (٨٧) وَقِيلِهِۦ يَـٰرَبِّ إِنَّ هَـٰٓؤُلَآءِ قَوۡمٌ۬ لَّا يُؤۡمِنُونَ (٨٨) فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ (٨٩)

Maksudnya: Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan mereka? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah!. (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? (87) Dan (Dialah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)! (88) (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka dan katakanlah: Selamat tinggal! Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! / (89)



Then, renung dan piker laa dgn mendalam dalam Surah Al-Haj:

ٱلَّذِينَ أُخۡرِجُواْ مِن دِيَـٰرِهِم بِغَيۡرِ حَقٍّ إِلَّآ أَن يَقُولُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ‌ۗ وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَہُم بِبَعۡضٍ۬ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٲمِعُ وَبِيَعٌ۬ وَصَلَوَٲتٌ۬ وَمَسَـٰجِدُ يُذۡڪَرُ فِيہَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ ڪَثِيرً۬ا‌ۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۥۤ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِىٌّ عَزِيزٌ (٤٠)

Maksudnye: Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (40)



Then, look up 4 this in Surah Al-Maeda:

لَّقَدۡ ڪَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ ثَالِثُ ثَلَـٰثَةٍ۬‌ۘ وَمَا مِنۡ إِلَـٰهٍ إِلَّآ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬‌ۚ وَإِن لَّمۡ يَنتَهُواْ عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ (٧٣)

Maksudnya: Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (73)



Conclusinya, takde masalah, Allah hanya mengatakan akan memberikan azab yang keras pada mereka yang mengatakan Allah adalah salah satu dari tiga tuhan. Agama Islam itu sendiri dah terpelihara. Umat Islam tu sendiri perlu berusaha untuk memperbaiki masalah umat sendiri dari segi aqidah. Di mana menjadi pokok asas Muslim itu sendiri. Then, kembalilah ke quran dan sunnah sekiranya berlaku sebarang permasalahan. Sekiranya, kita menggunakan hawa nafsu dan akal logik tanpa bimbingan syariat, maka tiada jalan penyelesaian. takut2 menjadi fitnah dalam masyarakat akibat kejahilan diri sendiri.

Pohon maaf atas segala kesilapan yg telah d lakukan oleh empunya diri ini. Salam perubahan wahai Sahabat-sahabat....

No comments:

Post a Comment