Monday, July 26, 2010

Lemonade & Sambal Belacan.


Suatu hari di Kg.Baru, Kuala Lumpur....."Man.... tolong mak belikan 500g lemon kejap then, belikan gula Rm 2 yek." kata Pn Saripah pada anaknya. Lalu, berpergilah anaknye ke kedai Pak Deli membeli lemon dan gule. Ketika di casher, Pak Deli dengan curious menanyakan pada Man, " Man beli banyak2 lemon and sugar kenape yek?". Jawab man, "Hemm, Man beli pasal mak suruh laaa. Tak tau lah ape yg mak nak buat ngan bende2 nie. Ok lah Pak Deli, saye balek dulu lah yek.. Salam." Dengan gembire si Man pon berjalan pulang ke rumah nye walaupun time tue sangat panas.

Setibanya di rumah, Man pon menolong maknye untuk menghiris lemon dan memerahnya untuk dijadikan lemonade. Dalam cuaca yg panas tue, air lemonade sejuk yg tak bergula tu mengiurkan tekak si Man. Belum sempat di campurkn air gula, Man terus meneguk air tue.. Ahhh, segar dek kesejukkan dan kenyamanan minuman tersebut. Suddenly.... Weeekss!! splash..... " Mak!! lemonade nie masam giler. Tak best laa", kata Man. Astaghfirullah, budak betuah nie.... haaa, tulah tak sabar2 lagik. kan dah kene", tegur Pn Saripah. Lalu dicampurkanlah air gula pada lemonade tue dan dihidangkan. Gembira bukan kepalang si Man kerana lemonade yg diminumnya kali ini sangat best...

Lepas tue, maknye pon sediakan makan tengahari utk keluarganya. Nasi putih berlaukkan labu masak lemak dan sambal belacan. Man dengan seleranya 'bersantap'. Kemudian dia pon complain, "owh, sambal belacan mak buat nie pedas laa". Pn Saripah hanya tersenyum sahaja... Tapi yg peliknya, si Man yg kepedasan tu terus menambah sambal belacan pasal sgat sedap....

~TAMMAT~ =D

Salam perubahan pada sape2 yg telah membaca cerpen yg telah aku tulis... moga2 kalian berasa lapar dan dahaga.. hahahaha...

Wooo.. lemonade dan sambal belacan... memang sgat best kalo d santap beramai2. Err.. tapi posting nie bukannye nak promote leonade n sambal belacan tapi kami ade hajat nak di kongsi dan sampaikan bersame...

LEMONADE
sedap diminum ketika sejuk bila cuaca panas

Dalam story lemonade nie, aku nak gmbarkn kat korang tentang realiti situasi hidup kebanyakkan org pada harinie. dalam Citer lemonade nie, watak Man yg tak tau prinsip SABAR dimana dia terus meneguk lemonade tanpa gula.. ( nie bukan kempen kurang gule tau ) Hemm, walaupun dia dah berusaha, berjalan kaki pergi beli lemon & gule, tapi dia terminum jugak lemonade yg masam. Pasal ape yek?? pasal tak tau SABAR.

Same lah dalam hidup nie, kadang kala kite berusaha bagai nak pecah... Study hard, jumpe lecturer, korbankan mase tido. But at the end "outcome nya" tak seperti diharapkan. Mulalah compaining, "kalaulah dulu.... " pastue, salahkan org. Bile org dah takde, salahkan takdir. Masyallah.

Orang yang bijak adalah orang yang merubah kegagalan dan kerugian menjadi kemenangan dan keberuntungan. (Dr. Ibrahim Fiqhy, "supaya gelisah bernilai ibadah", 78, Kemilau Publika)
Then, start lah bersungut... Ingatlah "kesenian" bersungut tue pastinya takkan membawa perubahan pada diri. Mulakan perubahan pada diri, biarlah sedikit asalkan dapat mengimprovekan diri dari.

Hakikatnya, SABAR hanyalah amat mudah utk di taip atau disebut. Perlaksanaanya amatlah 'depends' ngan individu itu. Dengan bersabar dan mengambil iktibar dari perkara yg lalu dengan melatih dan mentarbiyah diri insyallah, Allah akan menolong hamba2Nya yg berusaha dan bertawakkal pada Nya.
"Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu" (2:216)

Hemm, nasib baek si Man tue penyabar. Selepas berusaha dengan menambah air gula pada lemonadenya maka, dia kini dapat menikmati kesegaran minuman lemonade itu..

Sambal belacan

fuiyooo, best nyerr... slurpp..

Haaa... nie 2nd punye kes.. Jugak bersangkutan ngan diri penulis dan mungkin pembaca posting nie. Hemm, ape 'significant' nya sambal belacan ngan masyarakat hari nie?? Adakah pasal org melake? atau nak promot sambal belacan?? Hahaha...

Tak de lah, hemm. Ok, korg suke tak sambal belacan? rase nya pedas, masam, masin..... kan kan!! Walaupun pedas, tapi syok tak bile makan? pergh, kalo aku kan, mesti licin licau pinggan punyer!! hahaha....

So, korang penah dengar tak taubat 'sambal belacan'? Inilah taubat yg selalu menyerang individu yang sedang dalam proses 'tajdid' (pembaharuan) pada diri. Mereka sering kali berjanji pada diri, namun seringkali diuji dalam perjalanan hidupnya. Sering kali tergelincir dari landasan kerana dihadapannya terdapat pelbagai penghalang. Maklumlah kan....

Yg lebih malang lagi, perkara tersebut telah bertukar menjadi suatu rutin. Sehinggakan tidak dapat membezakan antara yg haq dan yg batil. Masyallah.

Taubat atau perubahan bukannya boleh dibuat dengan sekelip mata, macam magic!! (jadik sorcerer apperentice) hahaha... tapi perlulah konsisten/istiqamah. Perubahan yg mengejut bukan sahaja 'mengejutkan orang' malah diri sendiri pon terkejut beruk!!

Istiqamahlah walaupun sedikit. Kerana Allah tak 'melihat' pada kuantiti, tapi pada usaha dan 'nawaitu' seseorang. Kalau sambal belacan tue lain lah ceritanya, tapi perubahan dalam mengimprove diri perlulah dilakukan dengan istiqamah. Beristighfarlah tatkala diri diuji. Kerana Allah ada ber firman:

" Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (67:2)
Pilihan di tangan kita. Sekiranya perkara tersebut kita sedar adalah memang perkara yang salah, maka janganlah diulang perkara yang salah tersebut. Seorang Muslim yang berakal takkan mengulangi kesilapannya. Moga2 kita terus saling nasihat menasihati antara satu sama lain...... Insyallah

( I talk to myself before I speak to others )


4 comments:

  1. yupz... yg terbaek!! live long blogger ^_^

    ReplyDelete
  2. sambal belacan yg sgt sedap..fuuhh..mkn x igt dunia..tp disebaliknya tersirat seribu cerita..

    ReplyDelete
  3. yup... kami dpt idea pasal apak kami nak wat sambal blacan aritu.. tapi batu lesung tak de plak!!! kah3x!!

    ReplyDelete