Monday, August 9, 2010

Kalaulah kan.....

-bestnyer kalau ade keter nie-
Teringat lak aku dalam filem lakonan Michael J. Fox, Back To The Future. Yang aku suke dalam citer tue pasal kerete diorg yg boleh pi ulang alik masa dulu, masa sekarang, dan masa akan datang. Best giler kn?? hemm, kalau lah aku kan, mesti aku nak try pi balek mase dulu2 time zaman sekolah rendah, menengah, MRSM, Matric dan TPMC... Yelah kan, pasal nak 'fix' balek bende2 yg mendatangkan 'impak'(mcm karangan sekolah plak) pada empunye dirik nie...

Sigh....

"Kadang-kadang rasanya mahu meninggalkan segala-galanya…membawa diri ke sebuah tempat yang jauh…dimana tiada siapa yang mengenali…sering juga timbul sesal di hati…sesal kerana tidak bijak merancang atau rasanya seperti tersalah membuat keputusan…" (ukhti Za)

Haa... maka mula lah hati nie dibisikkan syaitan, kalaulah..... kalaulah..... kalaulah....

Alhamdulillah, mujur si Dia sering mengingatkan daku dan menggembirakan diri nie tatkala hati merasa gundah gulana apabila memandang kejayaan org laen. Dengan mengingatkan daku pada sabda kekasih Nya:

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah, pada masing-masing itu ada kekuatan. Bersungguh-sungguhlah terhadap perkara yang member manfaat kepada kamu. Mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan lemah. Jika sesuatu menimpa kamu maka jangan kamu kata: kalau aku buat begini tentu akan jadi begini. Tetapi ucapkanlah Allah telah menentukan dan Dia telah lakukan apa yang Dia kehendaki, kerana sesungguhnya ‘kalau’ itu membuka peluang syaitan bertindak.(Hadis riwayat Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)

So....

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." (3:139)




Maka..... dengan ini..

"Di saat aku di uji…sedarlah aku…bahawa akulah manusia…makhlukNya yang lemah dan tidak berdaya…jiwa ini mengakui….Ya Allah..Engkau Tuhanku…aku hambaMu…aku mengakui kelemahan pada diri…aku insaf…siapalah aku ini…hamba yang hina…Engkau berhak menentukan apa sahaja terhadapku…kerana Engkau lagi tahu..apa yang terbaik buat hambaMu ini...ampunkan diri yang penuh dengan dosa…"


Di saat aku diuji…tidak akan lagi ku katakan…kalaulah…

wallahua'lam





2 comments: