Salam perubahan dan salam satu Malaysia pada korang. Moga-moga segala perkara telah lepas dijadikan sejarah yg bermakna dan menjadi satu pendorong agar kita sentiasa meng’improve’kan diri yang semakin jauh dari usia muda dan semakin dekat dengan kematian. Dan diharapkan agar hayat kita berakhir dalam keadaan yg baik serta diredhai Allah SWT.
14-empatbelas haribulan
Haa… memang susah kalau bile satu sambutan yang disambut tapi tak tau ape sebenarnye yg disambut.
Aku mmg dah ade try wat ‘academic’ writing tentang perkara nie and if korang kalau nak rujuk bley lah refer balek kat link nie. http://arustajdid.blogspot.com/2010/01/bunga-mawar-melayu.html
Aku baru perasan kenape tetibe media television dah tak siarkan iklan2 yg menyambut Valentine. Tapi aku baru je tau yg bende nie jadik pasal statement Ustazah Siti Nor Bahyah dalam siri HALAQAH TV9. But anyway, bagi pendapat aku mmg betul jugak ape yg Ustz tue kate. Walaubagaimanapun, Council of Churches Malaysia (CCM) ade mengatakan bahawa Hari Valentine dan juga Santa Claus tidak mempunyai asas dalam ajaran Kristian!! Macam menambah2 dalam agama Kristian plak kan? NgeeHaa!! http://www.malaysiakini.com/news/155766 Ape pasal aku kate cam menambah2 dlm agama kristian? Pasal, sambutan tue dilakukan ‘semperna’ nak mengingati paderi yg telah aku try terangkan dlm posting lepas. So, mmg taka de pon dalam agama diorang. Dah lah aqidah dah menyimpang, diburukkan plak ngan perkara baharu yang dilabel sebagai salah satu sambutan keagamaan.. Jezz...
15-limabelas haribulan
Sesungguhnya, syariat Islam tue dah memang telah completed. Tiada sebarang jenis penambahan ataupun modifikasi yg perlu dilakukan. 12 Rabiu’lawal bukanlah satu-satunya tarikah yg perlu dijadikan yg special dan perlu dirayakan. Ingatlah, berselawat atas Baginda bukanlah suatu perkara yg perlu dirumitkan dan mengingati sirah perjuangan Rasulullah tidak sepatutnya dilakukan secara bermusim.
Why???....
Hemm.. Ok, ade orang kate perkara tersebut adalah merupakan satu daripada pelbagai methode yg bertujuan untuk menyatukan umat Islam, memudahkan penyampaian Islam dalam masyarakat dan menyemai semangat cintakan Rasulullah.
Kenalilah apa yang dikatakan ‘adat’ dan apa yang dikatakan ‘syariat’. Sekiranya adat tidak menepati syariat (bukan sesuatu yg ditunjukkan oleh Quran & sunnah) maka tertolaklah perbuatan itu. Sememangnya hal (maulid) itu adalah hasil pendapat yg timbul selapas kewafatan baginda.
“Apabila seseorang hakim menjatuhkan hukuman lalu ia berijtihad dan didapati yang ia ijtihadkan itu benar, maka ia mendapat dua pahala, sekiranya pula ia menjatuhkan hukuman dan berijtihad serta salah, maka ia mendapat satu pahala.” (Bukhari dan Muslim)
Tapi jgn jadik macam orang2 kat tempat kampung aku dulu2. I’tikad diorang agak trpesong siket pasal mempercayai bahawa Roh Nabi Muhammad akan datang di majlis Maulid. Tapi, time Rasulullah hidup dulu2 pon, baginda x penah pun wat request pasal nak sambut birthday. Yang peliknya, mereka yang menyokong (prophet Muhammad birthday-ade tulis kat kalender-) sering menggunakn hadits nie.
Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; “Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Bro, nie hadits nie pasal puase laa, tak de kene mengene ngan sambutan yg disambut. Then, mane ade bacaan2 KHAS yg disyariatkan dan dianjurkan secara specific sewaktu 12 Rabi’ulawal. Ketahuilah dan kenalilah segala apa jua perkara yg berkaitan dengan agama. Takut-takut agama yg disaluti adat menjadikan ketidak aslian Islam itu sendiri.
gambar hiasan
Then, hari nie aku nk sharekan ciket about Hadits yg di sampaikan oleh Rasulullah tatkala di perhujungan usianya.
Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW – disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu. “Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”.(Al-Maidah-3) Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida’
(Nota :Aku tidak dapat memastikan kesahihan terjemahan/teks penuh yang dipaparkan di bawah.Sila merujuk kepada mereka yang lebih arif)
Dari Satu Forum – ada dinyatakan sebagaimana berikut :
Khutbah Wada’ di sebut dalam hampir semua kitab Hadis. Antara lain – Sahih al-Bukhari:Hadith no. 1623, 1626, 6361 & 98. Imam al-Tirmidhi juga menyebut dalam Hadith-Hadith no. 1628, 2046, 2085. Imam Ahmad bin Hanbal telah menerangkan versi yang paling panjang dan paling lengkap dalam Musnad, Hadith no. 19774.
-Salam perubahan-