Macam pelik lagi mengelirukan.... But anyway, mmg best gak pasal dpt borak2 ngan org2 tua.
Rabu lepas, kiteorg ade lab session. So, Dr.Moritz ngan Dr.Azaani (bini dia) pon tetibe jee 'pop out'. Then, diorg ajak kiteorg pi dinner mlm tue. Yg pegi mlm tue just 2 org jee, aku ngan sorang bdk india dari ipoh. Lokasinye adalah kt hotel dan hanye 3 meja (round table) yg diorg booking (including family members). Kiteorg sampai awal tapi family Dr.Azaani still on the way.... tapi pasal nk dkt maghrib aku wat excuse laaa pasal nk solat Maghrib. Bile dah abes maghrib, family diorg pon dah sampai...
Mmg ramai n macam kat China plak!!
yeeSang!!
Ok… sekarang aku bru paham… Diorang sebenarnye makan besar mlm tue. Family Dr.Azaani sebenrnye Chinese. Nenek dia plak namenye Madam Florence, and she’s not a muslim. Tapi diorang still bonded dgn family walaupun agama diorg berbeza. Then, nephew2 diorang pun berkenalan ngan aku n kawan india aku sorang nie. Kiteorg pon makan2 n borak2. Best borak2 ngan bapak Dr nie. Otak die mcm kepale org sejarah. Story about kedatangan Islam di tanah melayu, budaya cina dan hindu dalam masyarakat melayu and macam2 lagi. Cakap punye cakap at last die kata dia mmg orang Melaka, tapi dah tak balik Semananjung pasal dah kawen ngan org Serawak. Tetibe plak aku teringat kawan baik aku ade ckap “hmpa jaga2 kat sana tau. Jangan jadi mcm Pak sedara kami. Tak balik2 lagi bila dah ada kat Serawak”.
Aisey...
Woohaa!!! the Hypothesis is really accepted!
Tetap suke semenanjung...
Tapi yg menarik mlm tue, ade seorang pakcik nie ada sebut pasal bumiputea yg non-muslim (eg: melanau or dayak) yg sekarang dah jadi ‘trend’ mengconvert ke Islam utk mndapatkn bantuan n subsidi dari kerajaan. Yg lebih teruk lagik, diorg tak pn beramal ngan Islam tue sndiri. Just mcm tukar name jee. Tekejut gak aku dengar. Dan ade juga aku dengar yg org yg ‘konon’nya telah convert ke Islam memohon untuk tukar agama. Motifnya, pasal dah takda bantuan dari government! Chooi....!! kan bengong tue! Sebenarnye antara permasalahan utama dlm kes ini adalah diorg belum tahu n kenal ape tue Islam.
Malam tadi aku ade tengok citer Arab kat channel TV Al-Hijrah. Citer pasal perang badar. Dalam peperangan tue, adik Khalid Al-Walid (time tue, Khalid belum muslim lagik) telah menjadi tawanan perang pasal tentera mushrikin kalah. So, orang2 mushrikin Mekah pikir tentera Islam pasti telah menyiksa tawanan perang dari Makkah. Risau akan adik kandungnya , Khalid Al-Walid pergi ke Yathrib (Madinah) dan beliau menebus adiknya yang kalah dalam perang menentangi golongan Muslim dengan bayaran sebanyak 4000 dinar. Ketika dalam perjalanan kembali ke Mekah dari Madinah, mereka berhenti berehat, dan Khalid menyedari adiknya melarikan diri semula ke Madinah untuk memeluk Islam. Ini disebabkan adik Khalid tertawan hati dengan akhlak yang ditunjukkan dan layanan baik yang diberi oleh orang Islam semasa beliau menjadi tawanan.1
gambar hiasan
So, ape yg membuatkn adik si Khalid meninggalkan agama nenek moyangnya dan memeluk Islam? Apakah ‘formula’ asas yg menjadikan Islam itu menarik sehingga menawan hari sesiapa ygMEMAHAMI dan MENGETAHUI apa itu Islam?
Kaum mushrikin dahulu terpesona pada islam kerana oleh sikap dan akhlak kaum muslimin yang begitu baik dan bijak dalam bertoleransi. Kaum muslimin ketika itu juga bijak dalam menerangkan apa itu Islam dan sentiasa menjaga ukhwah antara mereka. Sikap tidak “pilih bulu” walaupun dari pelbagai kedudukan, bangsa dan agama. Dan yang paling penting sekali, kaum muslimin ketika itu mempunyai kesedaran dalam berdakwah (mempromosikan Islam) dalam kehidupan seharian.
Ape pasal aku letak perkataan promosi?
Pasal, ramai lagi orang di luar sana yg tak tau lagik apa yg Islam ada. Mempromosi dengan menyeru dalam memberi pemahaman dan gambaran yang jelas tentang tujuan Islam yg sebenar. Sedihnya, ramai yg non-muslim harinie melihat Islam sebagai terrorist, anti social, jumud, ramai isteri, selekeh dan pelbagai pandangan negative. Media2 kaum mushrik pada abad ini pula telah berjaya melabelkan Islam sebagai suatu agama yg ganas dan mencabuli hak asasi manusia!! Maka apakah tindakan kita?
Haiyaa... Bukan macm nie tau!
Jadi, sape lagi yg kene mempromosikan Islam? Sudah tentulah SEMUA yg bergelar Muslim. Promosilah dengan berpandukan panduan yg ada, iaitu Al-Quran dan Sunnah. Promosilah dengan akhlak, tatacara dan penerangan infomasi yang betul pada masyarakat. Just remember, kita berhak mempromosi tapi hidayah tetap milik Allah SWT. Dan Allah ade terangkan:
“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. “
“There is no compulsion in religion. The right direction is henceforth distinct from error. And he who rejecteth false deities and believeth in Allah hath grasped a firm handhold which will never break. Allah is Hearer, Knower.” (2:256)
Mungkin dari pandangan sisi aku, permasalahan nie bukannya adalah suatu perkara yg harus dipandang enteng. Pasal hal ini bersangkut paut dengan aqidah ummah. Wallahua'lam...
Maaf jika trkasar atau terguris... mmg begitulah hakikatnya orang Melaka!!
TeeHee!!
Peace!
Sumber:
opps .. dr aazani mujahid .. my beloved lecturer .. suami die ajar korang ke ..? .. she just got her master last year .
ReplyDeleteHaah... aku ngan kawan aku pi makan besar, dr.aazani jemput kiteorg. Family die cine (mmg asal die tu cine lah). Husband die org Germany!! Dr.Moritz Muller(muslim) yg ajar bdak Swinbrne.!! Hahahaha....
ReplyDelete“hmpa jaga2 kat sana tau. Jangan jadi mcm Pak sedara kami. Tak balik2 lagi bila dah ada kat Serawak”...cam kenal jer kawan baik tu..hehehe
ReplyDeleteHaah... mane lak x kenal ^^
ReplyDelete