Monday, February 21, 2011

Mafiaso....




Tengah uruskan hal enrollment. Pasal last week ade hal pulak ngan time table yang ber'clashing'. Then, aku try contect Kalai pasal last week jugak kawan aku ade kate nk teruskan experimen lepas CNY dgn menggunakn HPLC (High-Performance Liquid Chromatography). Tapi, budak Master tue balik Kuching besok... So, aku pi lah kat library pasal nk abeskan buku yg kawan baik aku bagi haritue. Memang tebal dan banyak fakta2 scientific. (baru habis bace officially 19/02/11)

Tahun depan ...

Agak2 pukul 11pagi plak, (still cuti tau) aku teringat anime yg kawan aku kasi last sem. Aku x sempat nak tengok hari tu pasal exam mood... aku tengok pun ciket2 jer. Kalau one shot, bebuih laa mulut nie macam sawan.. Dowh!! and I'am x OTAKU. . (>_<)

Katekyo Hitman Reborn!!


Aku suke story line citer nie. Macam mane Tsunayoushi Sawada* dari yg boleh dianggap 'loser' boley jadik Mafia and at the same time, die mengimprove diri die jadik more success dalam belajar. Name group mafia (Vongolia) dan die terpilih untuk menjadi "successor" pada Vongolia family tue. As the 10th Vongolia boss, macam2 jenis obstacle yg jadi. Hahaha... kalau nak citer banyak2 nanti tebakar plak keyboard nie...

Anyway, mafia mmg well known dgn kekejaman, ke-tyrant-nan dan yg semuenye negativan. Tapi Sawada, nie pelik ciket. Pasal die nie baik.

Cakap pasal kejam, tyrant, x berhati perut.... and so on, aku teringat plak sorang kawan aku dari Yamen ade cakap, "dulu kat Mekah ade sorang panglima perang yg dilantik time kerajaan Umaiyah di bawah pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Namenye ialah Hajjaj b. Yusuf Ats-Tsaqafi. Die digelar 'penyembelih' (the slayer) pasal dia telah membunuh ramai orang termasuk sahabat Rasulullah SAW!. Sebagai seorang panglima, dia sangat mentaati serta menjunjung perintah Khalifah seperti Laksmana Hang Tuah kepada Sultan Melaka. Tetapi, ketaatannya yang membabi buta menyebabkan dia dengan takde emosi (macam ANBU Black Ops pulak!) membunuh sesiapa yang membantah atau mengingkari arahan atau kehendak Khalifah. Khalifah time tue bukannye macam Khulafa' Ar-rasyidin, tapi berbentuk Mornaki. Lurusnya hati kepada pemerintah menyebabkan dia mudah dipergunakan bagi menyingkirkan individu-individu yang tak sehaluan' dengan Idiologi Khalifah terutamanya segelintir sahabat rasulullah dan tabi'en.

On the bright side, dia adalah seorang hafidz dan boleh bace ayat quran dengan secara terbalik. Dia juga amat sensitif jika ada mana2 orang Islam yg dianiaya. Contohnya dia telah menyelamatkan seorang muslimat yang telah dimalukan oleh Yahudi. Dia mengerahkan tenteranya untuk menyerang dan menghapuskan perkampungan Yahudi tersebut..


just gambaran

Dia juga telah menghantarkan bala tenteranya ke India kerana untuk memusnahkan penduduk India (beragama hindu) kerana memalukan seorang muslimat.

Beliau pernah ditegur oleh seorang penduduk. "Wahai al-Hajaj, enkau ini seorang pemabuk akan tetapi engkau ini juga seorang yang pernah membakar perkampungan Yahudi!".

Al-Hajaj pun menjawab, "aku meminum arak itu adalah urusan aku dengan Allah. Tetapi kalau aku tidak membakar perkampungan Yahudi itu, mereka bukan sehaja akan memalukan seorang wanita kita, bahkan akan memalukan umat Islam dan juga agama Allah itu sendiri!"

Hajaj memang terkenal dengan pemerintahan yang zalim dan kejam. Tapi dia bukanlah seorang pemimpin yang pengecut apabila Islam dihina. Lihatlah apa yang jadi kat Palestine, isunya seperti takkan habis dimakan zaman. Regime Zionis masih 'bermaharaja lela' di atas tanah wakaf umat Islam. Islam dihina.... walaupun pemimpin Islam seluruh dunia menyaksikannya.

Aku tak kesah kalau pemimpin tue ade defect. Selagi pemimpin tue beriman dan berani menegakkan kebenaran serta tidak melakukan perkara2 yang mensyirikkan Allah maka memang perlu kita taatinya. Pemimpin memang tak maksum, mereka bukannya nabi apatah lagi malaikat. Para ulama' (alim) perlulah menjadi penasihat kepada para umara (pemimpin). Barulah kurangnya berlaku korupsi didalam suatu organisasi. Tak kiralah pemimpin tue bos, tauke, CEO, guru besar, menteri besar, orang besar, perdana menteri dan termasuk juga Sultan.

Advice changes lives!

Anyway, die nie dah lame meninggal. Maka jadikanlah kisah sejarah nie sebagai suatu pengajaran. Ambil yang baik dan buang yang keruh. Menjadi pemimpin nie memang sukar dan memerlukan ilmu serta perlu bersikap adil. Kadang2 terase plak diri nie, sekejam-kejam Hajaj nie, dia juga adalah seorang yang tak kurang hebatnya dalam agama.

P/S: Aku bukannye nak samekan mafia dengan khalifah. Aku bukannye nak kate yang kite bley wat bende2 yg haram tapi kene pandai dalam agame. But, just for our own reflection bagi sesiape yg ade hati untuk improvekan diri supaye jadi lebih baik dari semalam.

By the way, suke hati korang lah nak jadi ape. Pasal semuenye pilihan dirik empunya. Kalau nak makan durian jangan pulak pegi tanam pokok jagong. Memang kempunanlah kau.

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya". (17:36)

Ingatan buat roh2 yang lupa bahawa suatu hari nanti akan berpisah dengan jasad.
wallahua'lam.
peace!!

Huhuhu.... durio.



Rujukan:




No comments:

Post a Comment